” MashaAllah dia senyum comel sangat sampai kita pun senyum. Sebijik macam Yusuf.. “

Video Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah Tersenyum Buat Ramai Yang Ger4m !!

Si comel Alisa Aisyah anugerah kedua kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Untuk pengetahuan, Hairul dan Hanis telah berkahwin pada 8 Jun 2015 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Kecomelan Alisa membuat ramai yang terpegun apabila melihatnya. Alisa telah dilahirkan pada 24 Mei 2019. Raut wajahnya mirip seperti abangnya Yusuf Iskandar yang berumur 3 tahun pada 3 Jun 2019.

Mukanya yang comel dan cantik saling tidak tumpah ibu bapanya, Hanis dan Hairul. Bak kata pepatah melayu mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Walaupun masih kecil tetapi ramai yang terpesona melihatnya.

Menerusi akaun instagram, Hairul berkongsi video Alisa tersenyum apabila dipanggil namanya. Ad0h.. boleh cair dibuatnya melihat senyuman manis Alisa. Walaupun baru berusia 2 bulan, namun Alisa seakan tahu apabila namanya dipanggil.

” @thealisaaisyah “

View this post on Instagram

@thealisaaisyah 😊

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Amb0i.. Cantiknya muka Alisa bila tersenyum, membuatkan ramai yang terpegun melihatnya. Antara komen-komen daripada rakan selebriti dan netizen :

” Ok one more time.. Comeinyaaaa gig1t kang “

” Ok. I want another one now “

” Comelnyaa.. Bila panggil Alisya dia tengok macam ‘ That’s not my name ‘.. Bila panggil Alisa baru sengih, ‘Yaa itu Nama saya ‘ ”

” Sape banyak kali ulang kite geng “

” Comellnye.. Meh icu nak muahhh ckit.. Wanginye lahai budak kecik comel ni… “

” MasyaAllah.. Comeynya awak alisa “

Di sini kami di Berita Kopak akan kongsikan dengan anda beberapa lagi gambar terbaru Alisa :

Alisa baru berumur 10 Hari sudah pandai tengok kamera.

Rupa paras Alisa seiras rupa abangnya Yusuf.

Kecomelan Alisa saling tak tumpah seperti ibunya, Hanis.

Alololo comelnya Alisa tengok apa tu dengan abang Yusuf..

Alahai Alisa, sejuk mata memandang. Kecil-kecil pun dah pandai pandang kamera, tahu pulak tu bila namanya dipanggil. Wajah Alisa membuatkan ramai yang ger4m sehinggakan ada yang mahu menjaganya. Mesti ada yang sedang mengandung menginginkan wajah anaknya secomel Alisa.

Kami di Berita Kopak mendoakan Alisa menjadi anak yang solehah, cantik, bijak dan berjaya di dunia mahupun di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah, Hairul Azreen by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report C0pyright akan dikenakan..