” Manis bertudung Farah. Istiqamah ya.. “
Farahdhiya Kongsi Gambar Terkini Dengan Imej Berhijab Buatkan Netizen Tidak Henti- Henti Memuji. Cantik Betul !!
Siapa tidak kenal, penyanyi tinggi lampai yang sangat cantik, iaitu Farahdhiya mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sejak berusia belasan tahun lagi. Telah menghasilkan dua buah album, Bertakhta Di Hati dalam tahun 2004 dan Yang Ku Puja di akhir 2006. Lagu ‘Bertakhta Di Hati’ itu dahulu telah mendapat tempat dalam carta carta di dalam radio Era. dan Hot.FM .
Kemunculan semula Farahdhiya dalam pertandingan Geg4r Vaganza, telah membuat nama beliau kembali diperkatakan dalam bidang muzik apabila berjaya memenangi tempat kedua pertandingan tersebut dengan perbezaan markah kurang dari 2 markah dari pemenangnya Siti Nordiana.
Beliau dilahirkan pada 28 April 1984 di Sarzana, Itali dan kini telah berusia 36 tahun. Farah merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Paling menarik, Farah adalah berketurunan kacukan Melayu-Inggeris, dimana ibunya berasal dari Portsmouth, England manakala ayahnya berasal dari Johor.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Farah telah memuatnaik gambar terkini beliau berhijab. Sungguh cantik kelihatan Farah menggayakan hijab. Farah juga turut berkongsi coretan beliau mengenai arw4h ayah beliau yang baru-baru ini telah meningg4lkan beliau pada awal bulan Januari lalu.
Ikuti perkongsian Farah di bawah :
” Alhamdulillah hari hari dapat melawat rumah baru Dada.Your new home is my happiest and favourite place to be everyday Dada. Makin ramai kawan kawan baru Dada teman Dada.. “
” Farah masih lagi belajar utk membiasakan diri hidup tanpa seorang Dada, Farah tgh belajar mcm mane mengikhlaskan sebuah kepergian walaupon I know I will never rec0ver from the pa1n of l0sing u, someone that means the world to me, someone so important to me.. “
” May Allah look after u Dada, knowing that He will makes me happy. May Allah grant u the highest rank in his paradise. I love you Dada. Al-Fatihah 09/01/2020 .. “
Rata-rata netizen telah memberikan kata-kata semangat buat Farah dan turut memuji Farah kelihatan sangat cantik mengenakan hijab. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Masha allah… Cntik nya kak farah berhijab .. “
” Siss doa kan semoga istqomah… Insyaallah Dada akan berbangga melihat anak nya sekarang.. “
” Manis bertudung Fa. Istiqamah ya.. “
” Allahuakbar.. Betapa cantiknyaaa kamuuu .. “
” ALLAH…. Sejuk hati nh .. “
” Semoga Allah bagi kekuatan tuk kak farah.. It’s take time to he4l kak.. “
” Ya Allah manisnya berhijab… Sejuk mata memandang… Semoga Allah buka kan hati utl kekal berhijab… Inshaallah .. “
MasyaAllah !! Cantiknya Farah.. Manis sangat Farah berhijab. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Farah sentiasa kuat menghadapi ketentuan dari Allah. Kami juga turut mendoakan semoga Farah terus beristiqomah untuk berhijab dan semoga Farah sentiasa berjaya dalam hidup Farah. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Farahdhiya by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..