” Mana satu laki sari yanti.. Cer teka.. “
Respon Wife David Teoh, Madam Jane Pada Posting Jep Sepahtu Buat Peminat Gelak Besar. Hah Mendapat Kau Jep !!
Siapa tak kenal pelawak Jep Sepahtu. Sering membuat lawak spontan dan bersahaja yang buatkan peminat tak kering gusi. Jep mula dikenali melalui kumpulan Sepah bersama rakan baiknya huib. Setelah perpecahan kumpulan itu,maka terhasillah Sepahtu.
Selain karier sebagai pelawak, Jep juga merupakan penyampai radio Sinar fm menerusi rancangan Pagi Di Sinar. Bergandingan bersama Rahim yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Sepahtu. Gandingan ini nyata membuat setiap pagi pendengar riuh dengan pelbagai cerita dan lawak jenaka.
Terdahulu Jep memuatnaik kapsyen mengatakan dirinya hampir sama kepada isteri pengarah terkenal David Teoh, Madam Jane. Itu hanyalah lawak dan jenaka dari Jep kerana rambutnya yang kelihatan serupa seperti Madam Jane. Tularnya kapsyen tersebut mendapat perhatian dan jawapan balas dari Madam Jane.
Menerusi akaun Instagram sinar fm, telah dimuatnaik satu kapsyen beserta gambar dimana terdapat gambar Jep Sepahtu dan isteri kepada pengarah filem David Teoh, Jane Lim. Ini berikutan satu posting dari Jep yang mengatakan dirinya persis isteri pengarah hebat itu. Lawak betul tengok perbezaan gambar dorang.
Jom baca kapsyen di bawah :
” #Repost @janelim169..”
” @jepsepahtu kata saya macam dia. Ada sama ke? Cucu @aisymateen.. “
Rata-rata netizen nyata tergelak besar melihat gambar tersebut. Antara komen-komen netizen :
” Nampak sama tapi bukan dia.. “
” Yalllaaaa.. Lebih kurang la bosss ku… “
” Style rambut sama.. “
” Mana satu laki sari yanti.. Cer teka.. “
” Hahahaha. Copy and paste ke Ni?.. “
” Sebijik naw.. Jep buat hal.. Hahahaha.. “
” Ya sekali pandang, saya gelak sampai sekarang ni.. “
” Hahaha rambut tu samaa nak lagi sama madam kena kasi tacap janggut sikit.. “
Aduhai kelakar betul la Madam Jane ni siap di balas lagi kapsyen Jep Sepahtu. Paling tak dapat tahan gelak bila tengok gambar kapsyen dengan style yang sama dibuat perbezaan, sebijik serupa. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berjaya untuk Jep Sepahtu dan moga ada kesinambungan dari kapsyen ini… Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG sinarfm, IG Jep sepahtu by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..