” Makin chubby dah dia, eeee comel. Macam budak besar.. ” – Netizen

Izara Aishah Kongsi Wajah Terkini Anaknya, Irisa Alaia. Makin Comel Dan Chubby La Ayaya Sekarang. Mini Mommy Betul !!

Izara Aishah sudahpun bergelar ibu April lalu. Pelakon jelita ini yang mengahwini anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid menamakan anaknya ini sebagai Irisa Alaia. Kelahiran Alaia melengkapi kehidupan Izara dan Adib.

Walaupun mengambil masa beberapa tahun untuk hamil, namun Izara yang berhajat untuk memiliki anak di tahun 2020 akhirnya dimakbulkan Allah. Semakin bertambah cucu Datuk Seri Khalid Jiwa. Mama Adib, Tengku Zawyah juga sering menziarahi cucunya ini.

Alaia yang sejak lahir lagi sudah berambut lebat dan hitam. Melihat wajah Alaia, ada masanya kelihatan seperti Izara, namun ada masanya lebih kepada wajah Adib. Apatah lagi dengan gaya rambutnya itu nampak sama macam papanya itu. Alaia kini sudahpun 3 bulan usianya dan membesar dengan sihat.

 

Menerusi akaun Instagram, Izara Aishah telah berkongsikan sekeping gambar terkini Alaia. Si kecil ini yang diletakkan berbaring di atas tilam menguap sampai terbuka luas mulutnya. Amboi mengantuk sangat ni Ayaya. Dah macam budak umur setahun la dia.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah terkini Alaia ini buat ramai peminat yang ger4m. Tengok gaya menguap Alaia tu comel je. Antara komen-komen mereka :

” Besaqqnya mulutt diaa. Comellh awak nii.. “

” Makin gem0k dah dia, eeee comel. Macam budak besar.. “

” Alaaaa menguap pon comel la dia. Cantiknyaaaaaa sayangggg ni.. “

” Sekejap je da besar. comelllll chubby.. “

” Comelnyaaaaa Alaia. Dh besyarrr la baby omel ni.. “

” Amboiiii mulut budak comel kemain lg masih ngantuk ke sayang.. “

” Hell0 Izara junior. Chubby, cute, pipi pau dah Alaia, ger4m.. “

Amboi syok Alaia bergolek atas tilam. Selesa sangat sampai jadi mengantok semula tu. Tangan tu nampak berketul-ketul. So comel la Alaia sayang. Semoga Alaia membesar menjadi anak yang solehah, yang sering menyenangkan dan berbakti kepada kedua ibu bapa. Aamin

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izara Aishah, IG Adib Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..