” Makan durian pun segak aih hangpa ni.. ” – Netizen

Rozita Che Wan Kongsi Gambarnya Sedang Asyik Makan Durian, Amb0i Che Ta Bila Durian Depan Mata Memang Tak Nampak Sapa Dah Noh. Makan Durian Pun Cantik Aih Che Ta Ni !!

Pelakon Rozita Che Wan baru sahaja selesai melakukan penggambaran drama terbaru lakonan yang bertajuk Dayang Senandung bersama team Zeel Production. Antara pelakon-pelakon yang terlib4t dalam menjayakan drama ini adalah Hun Haqeem dan Syura Badron.

Che Ta juga sering memuatnaik gambar semasa sesi penggambaran drama ini berlangsung. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat dan ditunjukkan umtuk peminat yang selalu mengikuti perkembangan drama ini. Watak-watak komedi juga sudah menjadi sinonim pada Che Ta yang banyak membawa watak komedi dalam setiap lakonannya.

Antara drama yang sentiasa diingati oleh peminat sehingga ke hari ini adalah Kiah Pekasam. Dalam drama ini Che Ta memegang watak sebagai Kiah iaitu seorang penjual pekasam untuk menampung kehidupannya. Drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan sekali gus telah menaikkan nama Che Ta.

Terkini Che Ta berkongsi gambar wrap party untuk drama Dayang Senandung. Antara gambar yang dimuatnaik termasuklah gambarnya ketika sedang menikmati keenakan buah durian. Untuk pengetahuan semua, semasa penggambaran drama inilah Che Ta telah mengal4mi tersel1uh kaki.

Gambar yang dikongsi oleh Che Ta di bawah ini menunjukkan yang beliau sedang asyik menikmati kelazatan buah durian. Durian jenis apa tu Che Ta, serius benar nampak…

Alahai Che Ta tengah makan durian pun tetap cantik. Antara komen-komen daripada peminat yang melihat gambar ini :

” Che ta d0k mana pun paling cantik.. “

” Bulat pipi dn munc0ng mulut kak che ta ni. jgn geloj0h pln2 ya kak.. “

” Kemain bersila lg teman ye.. “

” Hahaha durian lover mmg jdi lgu ni. klakar la che ta.. “

” Makan durian pun Segak aih hangpa ni.. “

” Kalau kami dapat durian tak mau kongsi yer, nak makan soghang.. “

” Meriahnya makan deqeyan ramai2 noh.. “

Betullah kata peminat, Che Ta ni buat apa pun tetap nampak cantik. Apapun, pasti drama lakonan Che Ta ini mendapat sambutan yang hang4t daripada peminat-peminatnya. Semoga Che Ta sentiasa menghiasi persada seni tanah air dengan lakonan-lakonan yang terbaik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..