” Mak saya suka you. Mak saya suka lelaki berjubah.. “
Terima Komen Netizen Apabila Kongsi Video Pakai Jubah Putih, Tak Sangka Ini Respon Caprice. Memang Win Sangat. Amboiii Netizen Pun Kemain Lagi Yer !!
Siapa tidak kenal jejaka berimej botak dan fasih berbahasa Inggeris ini. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi dan juga penceramah motivasi. Caprice juga terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris di mana beliau bernaung di bawah syarikat rakaman Caprice Records.
Sering mengulas isu-isu hang4t menerusi akaun Instagram miliknya, Caprice menampilkan kelainan dengan mengutarakan pendapatnya yang tersendiri dengan penuh gaya bersahaja dan spontan. Untuk pengetahuan, beliau yang dilahirkan pada 25 Julai 1988 ini sehingga kini masih lagi berstatus single.
Caprice pernah dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah kerana gandingan mereka dalam lagu berjudul Baby Sayang. Selain sebagai selebriti terkenal, Caprice juga mengasaskan aplikasi Mengaji.com, Classruum.com dan Umrahloka. Perkongsian Caprice sering mendapat perhatian netizen.
Menerusi akaun Instagram, Caprice telah berkongsikan video rakamannya mengulas isu hang4t tentang gadis yang dipuk0l bek4s kekasih dan suami. Menariknya penampilan Caprice yang berbaju jubah putih membuatkan netizen tertarik dan mendapat pelbagai reaksi daripada mereka.
Alahai kacaknya Caprice berjubah. Mesti ramai yang terpikat !!
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Cari yang pandai hargai pengorbanan ibunya pasti kau akan bahagia seperti mana ibunya tersenyum bahagia.. “
” Eh.. Tetiba rasa teringin sangat nak jadi macam Siti Khadijah r.a.. boleh tak nak masuk meminang ?.. “
” Saya rasa nak bagi awak kurta.. “
” Wow berjubah + cap .. Oh my god caprice so cool.. “
Namun terselit komen yang menarik perhatian Caprice dan responnya sangat mencuit hati :
Sekali pandang kacak jugak Caprice ni bila berjubah putih macam ni. Boleh jadi ustaz atau pencetus ummah ( PU) ni. Siapa sangka Caprice pandai berjenaka dalam menjawab komen netizen. Kelakar dan menghiburkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Caprice bakal bertemu jodoh dan bahagia selalu hendaknya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Caprice by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..