” Mak, jangan bagi tumpah mak na, satgi cek naik angin. Hahahaha lawak.. “

Dato’ Rizalman Kongsi Video Keluarga Neelofa Datang Ke Rumahnya. Part Time Makan Buat Netizen Berdekah Ketawa. Amboi Dato’, Dah Siap Panggil Mak Lagi, Macam Ada Sesuatu Je. Rilofa Kah !!!

Nama Dato’ Rizalman bukan suatu nama asing di dalam dunia seni. Beliau yang terkenal sebagai pereka fesyen bertaraf antarabangsa ini seorang yang berhati mulia dan sering merendah diri. Kepetahannya bercakap dalam loghta utara sering menggeletek hati peminat.

Penghujung Disember tahun lalu, Dato’ Rizalman telah dijemput ke studio MeleT0P di mana ketika itu meraikan minggu-minggu akhir Neelofa sebagai hos. Sejak kehadirannya itu, peminat mula mewujudkan hashtag #lori tanda setuju sekiranya mereka ada jodoh dan menjadi pasangan kekasih.

Peminat semakin teruja menyaksikan kelibat pasangan ini apabila Dato’ Rizalman sering mengaitkan Lofa dalam video yang dikongsikan ke akaun Instagram miliknya. Semakin menjadi sebutan apabila aksi Lofa menyuapkan aiskrim buat Dato’ Rizalman baru-baru ini.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Rizalman telah berkongsikan beberapa sedutan video rakamannya di mana kelihatan Neelofa bersama keluarganya, Datin Kartini dan Noor Nabila berkunjung ke rumahnya. Apa yang melucukan adalah dialog Dato’ Rizalman yang mengatakan dirinya mahu dipinang untuk Lofa.

Jom tonton video di bawah :

” Ada chan nampak aku nii… “

View this post on Instagram

ada chan nampak aku nii… . . . #rilofa #lori

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Jangan bagi tumpah naa.. Satgi cek naik angin.. “

” Ulang-ulang kali part tu sebab spontan sangat ayat dato.. “

” Mak mertua pun lap pinggan tak bagi tumpah.. “

” Hahahaha wow. Mama dah setuju tu. Temanya apa dato? Nak tempah baju siap-siap.. “

” Adoilaa kelakar sungguh rombongan meminang.. “

” Mak, jangan bagi tumpah mak na, satgi cek naik angin.. Hahahaha lawak.. “

” Hahahaha.. Adoiii, rombongan datang meminang dato ni… Kira jadi la nooo.. “

Wah wah meriah betul bila satu family berkunjung ni. Kalau ditengokkan gaya macam nak jadi je #rilofa ni. Andai betul berjodohan, semoga cepat-cepatla masuk meminang Dato’. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Rizalman sentiasa sihat dan bertemu jodoh yang paling sempurna untuk melengkapkan hidup Dato’. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizalman71 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..