” Macam pompuan ko ni Wook. Tido ngan teddy bear. Kau boli Annabell jo.. “

Koleksi Komen-Komen PU Azman Di Instagram Lee Dong Wook Buat Ramai Yang Ketawa Berdekah-Dekah. Buat Hal Lah Cik Man Ni, Memang Kelakar Ter0kkk !!

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapan itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.

Sekiranya anda pengikut PU Azman di Instagram, anda mesti tahu PU Azman merupakan seorang yang kelakar orangnya dan suka sangat bergurau. Bukan orang sahaja disakatnya, kucing pun habis kena ‘kacau’. Alahai memang ada sahaja idea Cik Man buat orang terhibur.

Ramai yang menyamakan wajah PU Azman dengan wajah pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Lee Dong Wook yang popular dengan drama My Girl, G0blin, Strangers From HeII dan banyak lagi. Wajah mereka dikatakan seiras dan netizen menggelarkan PU Azman sebagai Lee Dong Wook Malaysia.

Apa yang menarik, PU Azman sering memberi komen yang melucukan hampir setiap gambar yang dimuatnaik oleh Lee Dong Wook di akaun Instagram. Komen-komen yang diberi sangat kelakar dan mencuit hati. Alahai macam Lee Dong Wook tu faham pula Bahasa Melayu yer Cik Man.

Di bawah ini kami sertakan beberapa gambar Lee Dong Wook dan komen-komen kelakar Cik Man yang buat ramai tak kering gusi :

Cik Man turut mendapat respon daripada netizen-netizen dari Malaysia yang terhibur membaca komen-komennya. Antara komen-komen netizen :

” @pu_azman adu cikman laju je dia. Hahaha.. “

” @pu_azman Hahahhaa awal cikman komen. Laju betul pu man buat kerja. Hahaha.. “

” @pu_azman wook baru dok edit caption, cik man dah komen. Hehehe.. “

” @pu_azman hahahahah… pu nie… laju nye komen.. ni mesti on noti nie.. peminat setia niee. Huhuhuhu.. “

” @pu_azman ustaz… baru je bagi ceramah tadi dah kut0k kembar.. “

” @pu_azman saya tgu @pu_azman komen je. hahaha.. terhibur sy.. “

” @pu_azman Terkejut tetiba ada org comment dalam bahasa melayu. dah laa cakap gitu.. “

” @pu_azman sy yakin 1 hari nnti wook akan reply comment cik man.. Hahaha.. “

Ad0haiii Cik Man ni tak pernah lah tak kelakar. Ada sahaja idea dia nak buat orang ketawa terbahak-bahak sampai Lee Dong Wook pun kena. Mesti Lee Dong Wook tertanya-tanya, mamat mana lah yang selalu komen dia dalam Bahasa Melayu ni. Jenuh Lee Dong Wook nak google translate komen-komen Cik Man. Apa-apa pun memang terbaik Cik Man !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lee Dong Wook, PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..