” Macam ni lah mak-mak punya me time. Sump4h ! Kelakar Gil4.. “

Video Syatilla Melvin Berkaraoke Bersama Rakan-Rakannya Dengan Membawa Anak Masing-Masing Menarik Perhatian Netizen. Tengok Part Akhir, Mima Pun Join Sekali !!

Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin merupakan seorang pelakon dan model wanita. Beliau dilahirkan pada lahir 8 Februari 1991. Syatilla juga merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010  bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir.

Beliau aktif sejak tahun 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu. Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Syatilla telah berkahwin dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016, yang jatuh pada ulang tahun kelahirannya ke-25.  Pada 9 Mei 2017, Sam dan Syatilla menyambut kedatangan cahayamata sulung bernama Syeriv Samheizy. Dua tahun kemudian, iaitu pada 16 April 2019, Syatilla dan Sam dikurniakan cahaya maya kedua, iaitu anak perempuan yang diberi nama Sarima Samheizy

Menerusi akaun Instagram, Syatilla berkongsi satu video beliau berkaraoke bersama rakan-rakannya. Apa yang menarik perhatian ialah mereka turut membawa bersama anak masing-masing sambil berkaraoke. Ada yang berkaraoke sambil memangku anak lagi. Alahai sporting semuanya !!

Tonton video di bawah :

” Traum4 ka dak wei? Aku tak lupa tanggungjawab tau walaupun tgh berhibur anak tetap dlm pangkuan #mimaredho #sajabawakmimasebabrindu “

Pelbagai reaksi yang diberi oleh peminat. Antara komen-komen yang diberikan :

” Havoc!! Love ur style sis.. “

” Haha bole lena pulak ank dlm pangkuan tu.. “

” Dasy4t wei…. boleh wat concert….. “

” Yg budak tu pun power weyyy  part ‘men1kam n1kam’ kemain kuat lagi ekkkk  hahahahaha “

” Kak tila ni lawak la.. “

” Habis diheret satu family wat konsert.. “

” Hahahahhah anak tetap no 1 …. tapi semalam mak2 yg enjoy terlebih , next karok tak tahu la bila lagi.. “

” Bile ibu2 terlupa diri seketika…hahahah…best r kak.. “

Boleh tahan hebat apabila mak-mak berkaraoke. Masing-masing mempunyai kehebatan suara tersendiri. Walau apa pun anak-anak tetap tidak dilupakan. Tetap dibawa ke mana sahaja walaupun ber ‘me time’ bersama kawan-kawan. Sesekali begini tidak salah kan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..