” Macam nampak ada baby bump.. “

Video Bella Dally Sedang ‘ Sh00ting’ Menarik Perhatian Netizen Kerana Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’. Wahhh… Tahniah Bella Jika Benar Mengandung !!

Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally merupakan seorang pelakon dan model. Bakat beliau dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan iaitu program Pilih Kasih musim pertama pada tahun 2009.

Bella telah berlakon dalam beberapa drama TV, filem dan telefilem. Drama pertama lakonannya ialah Qalesya  musim kedua yang disiarkan di Astro Prima pada tahun 2010. Pada tahun 2014, Bella telah memilih untuk bertudung sepenuhnya.

Bella pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mengumumkan percera1an mereka pada 17 Mei 2018. Kini, Bella telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Arif Izuddin Mohd Radzali pada 30 Mac 2019.

Menerusi entri terbaharu akaun Instagram Bella, beliau berkongsi video ketika membuat satu pengambaran. Apa yang menarik perhatian netizen ialah perut Bella yang agak bulat seperti orang mengandung dan ia kelihatan jelas ketika beliau berjalan.

Tonton video di bawah :

Rata-rata netizen menegur perut Bella yang kelihatan seperti nampak ‘ baby bump’. Antara komen-komen mereka :

” Nampak baby bump.. “

” Macam nmpk ada baby bump.. “

” Dah pregnant.  Congrat sis.. “

” Bella pregnant ke? “

” Mengandung ke? “

” Are u pregnant sis? Congrats.. “

” Yes dah nmpk baby bump Bella .. “

Walaupun ramai netizen tertanya-tanya sama ada Bella sudah berbadan dua atau tidak, tiada sebarang respon balas daripada Bella sehingga kini. Kita doakan yang baik-baik sahaja jika benar Bella kini sedang mengandung semoga beliau menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Dally by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..