” Macam nak jadi ja kami ni… #lori .. “

Posting Dato Rizalman Jadi Tanda Tanya Pada Peminat. Siapa Gadis Yang Bertuah Tu, Beruntunglah !!

Sebut sahaja nama Dato Rizalman pastinya semua terbayangkan rekaan bajunya yang cantik dan anggun. Beliau terkenal sebagai ikon fesyen bukan sahaja di Malaysia malahan di rantau Asia Tenggara. Hebatnya seorang insan bergelar Rizalman.

Menyingkap kehidupan kecilnya dahulu, Dato Rizalman lahir di Penang di dalam keluarga yang sederhana. Minatnya ke arah bidang rekaan sudah mula sejak beliau kecil lagi. Di waktu itu, beliau sudah pandai menjahit selimut rekaannya sendiri dan menghias bilik mengikut citarasanya.

Minat yang mendalam untuk menjadi designer akhirnya membawa nama Dato Rizalman terkenal di serata pelusuk negara. Khidmatnya untuk mereka busana pengantin dan majlis keraian selalu dicari peminat. Walaupun sudah hampir menganjak usia 50-an, Dato Rizalman masih lagi solo dan belum berjumpa kekasih pujaan hati.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Rizalman memuatnaik satu video rakaman semasa program MeleT0p di saluran Astro semalam dimana beliau menjadi tetamu jemputan jejaka pilihan Nabil untuk Neelofa. Kec0h gamat set MeleT0p apabila kelibat Dato’ Rizalman muncul dari pintu masuk. Wah bakal jadi fenomena #lori ni.

Jom tengok video dan kapsyen Dato’ Rizalman di bawah :

” Macam nak jadi ja kami ni… #lori .. “

View this post on Instagram

macam nak jadi ja kami ni… 🤔 . . . #lori

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Rata-rata peminat terhibur menyaksikan sedutan video tersebut. Antara komen-komen peminat :

” Part ni kelakar sunggoh.. Punyaaaaaaaa la panjang lofa mengucap tu.. “

” Dah bau nasi minyak.. “

” Cepat la dato kasi jadi.. “

” Bagi jadi lahhhhhh dato’ #Lori.. “

” Dato jangan tunggu lama-lama.. “

” Padan sangat dato!! Kaihh tunggu apa lagi.. “

” Hahahaa LoRi pun LoRi lahhh, janji kasi jadi lah. We all support.. “

Sememangnya riuh rendah suasana di studia Meletop dengan kemunculan Dato Rizalman. Dilihat sama cantik sama padan, ramai rupanya peminat yang mendoakan semoga hashtag #lori menjadi kenyataan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato Rizalman diberikan jodoh yang solehah dan memahami kerjaya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Rizalman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..