” Macam mana tergamak kau libatkan aku. Aku ingat Syed Hamadi je yang ter0k.. “

Azhan Rani ‘Sound’ Seseorang Buat Ramai Terkejot !!

Bakat lakonan pelakon Azhan Rani atau pemilik nama sebenar Azhan Abdul Rani yang selalu membawa watak antag0nis tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun namanya sebelum ini kurang dikenali, tetapi wajahnya sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan.

Sering membawa watak sebagai pembantu dan bukannya watak utama, tetapi watak yang oleh Azhan Rani nampak sangat real dan memang sangat menjadi. Bagilah apa sahaja watak kepadanya, pasti akan dilakonkan dengan berkesan sekali dan sampai ke hati penonton.

Namanya mendapat semakin mendapat perhatian setelah berlakon dalam Drama Nur yang menjadi fenomena di Malaysia. Jika Drama Nur sebelum ini membuatkan ramai yang beremosi menonton lakonan Azhan Rani, kini Drama Nur 2 membuatkan ramai yang tak senang duduk.

Azhan Rani yang memegang watakĀ Ustaz Syed Hamadi, watak seorang Ustaz yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau digelar penungg4ng agama. Dalam Drama Nur 2 banyak elemen komedi yang diselitkan dalam watak Ustaz Hamadi membuatkan penonton yang ger4m dengan wataknya tak jadi nak mar4h.

Disebabkan populariti yang diraih kini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambarnya dan Noorkhiriah sebagai bahan iklan produk mereka. Menerusi akaun Instagram, Azhan meluahkan rasa hatinya mengenai perkara ini.

Menurut Azhan, tidak salah untuk mencari rezeki, tetapi biarlah kena caranya. Minta izin terlebih dahulu sebelum menggunakan gambarnya. Jika berlaku kemudar4tan disebabkan produk itu, takut dia pula yang akan dipersalahkan.

Jom baca perkongsian Azhan di bawah :

” Benda ni aku paham aku tak boleh control. ni salah satu contoh je.. ni soal etika nak cari rezeki. soal hormat menghormati. soal professional dalam kerja.. “

” Sebab dah banyak sangat.. aku ambik satu daripada berpuluh2 cara cari rezeki macam ni.. aku percaya bukan aku je yang kena.. “

” Bukan ke ke elok dan beretika kalau minta izin terlebih dulu dengan tuan punya.. macam mana tergamak kau libatkan aku dengan produk yang aku tak tau dan takde kena mengena dengan aku.. “

” Buatnya produk tu datangkan mudar4t, produk terlar4ng ke tak pasal2 aku jugak yang kena.. tak salah cari rezeki tapi sama2 lah kita cari rezeki yang diberkati.. “

” p/s : aku ingat syed hamadi je yang ter0k ! “

Noorkhiriah yang memegang watak Aishah atau pun Ecah juga turut memuatnaik status yang dikongsikan oleh Azhan Rani. Baca perkongsiannya di bawah :

” Korang tak kisah.. sb ada yg pk kita orang tak kisah.. sbtu akak wat review akak gitau siap2 jgn claim akak pengguna sb akak hnya review sahaja.. tp takde maknanya.. “

” Klu akak guna yes akak ckp akak guna.. kes kat atas ni mgkn bgurau dlm tak sedar tp tk syok dik… rupanya ada lagi gmbr akak dgn abg azhan yg digunakan.. “‘

” Teh ke apa.. tk tau pun sampailah abg an post hakni.. sam4n best ni.. blh beli handbag.. “

View this post on Instagram

Korang tak kisah..sb ada yg pk kitaorang tak kisah..sbtu akak wat review akak gitau siap2 jgn claim akak pengguna sb akak hnya review sahaja..tp takde maknanya..klu akak guna yes akak ckp akak guna..kes kat atas ni mgkn bgurau dlm tak sedar tp tk syok dik…rupanya ada lagi gmbr akak dgn abg azhan yg digunakan..teh ke apa..tktau pun sampailah abg an post hakni..saman best ni..blh beli handbagšŸ˜‚#Repost @azhan_rani with @get_repost 惻惻惻 benda ni aku paham aku tak boleh control.. ni salah satu contoh je.. ni soal etika nak cari rezeki soal hormat menghormati soal professional dalam kerja sebab dah banyak sangat.. aku ambik satu daripada berpuluh2 cara cari rezeki macam ni.. aku percaya bukan aku je yang kena… bukan ke ke elok dan beretika kalau minta izin terlebih dulu dengan tuan punya.. macam mana tergamak kau libatkan aku dengan produk yang aku tak tau dan takde kena mengena dengan aku. buatnya produk tu datangkan mudarat, produk terlarang ke tak pasal2 aku jugak yang kena.. tak salah cari rezeki tapi sama2 lah kita cari rezeki yang diberkatišŸ™ p/s : aku ingat syed hamadi je yang teruk!

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Rata-rata netizen menasihati Azhan Rani untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya sebagai bahan iklan. Antara komen-komen netizen :

” Sy sambung ayat yer bang.. aku ingat syed hamadi je yg ter0k rupenyer ade lg yg ter0k.. “‘

” Matlamat nak cari rezeki tapi cara tak betui. Kan kena ceramah dh dgn ustaz hamadi. Kikiki.. “

” Ape lg.. kasi saman.. hahahah.. boleh buat bayar lawyer hang madi.. teruskan.. saman saman saman.. “

” Tunjuk kan lah nama nya… senang nnti kami tkde la tetipu… dieorg ni senang jerk nk buat duit haissshhh.. “

” Betul tu. dahla produk ntah apa2.. jadi apa2 kat pengguna tak pasal2 artis yg disalahguna gambarnya tu kena mar4h plak. Seolah2 jd duta tak rasmi produk samp4h.. “

” Betul tu madi… macam ko curi cek sekolah pak mentua ko… kakakaka.. “

” Yess, ambil kesempatan atas org lain, take action bang.. banyak kali bende ni jd, risau apa2 jd pada pembeli kite yg kene.. “

Kepada peniaga di luar sana, tolong mengambil iktibar dan pengajaran dengan isu ini. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan gambar sebagai testimonial produk anda.

Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan gambar artis dan selebriti yang sudah tentunya mempunyai banyak pengaruh dan anda ‘claim’ mereka guna produk anda untuk tujuan ‘marketing’.

Berniagalah dengan jujur, jangan sesekali menipu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Hidup dan rezeki kita tidak adakn berkat kalau kita menipu pembeli.

Kepada Azhan Rani, bertabahlah. Semoga selepas ini tiada lagi yang berani mempergunakan Azhan atau mana-mana selebriti dan juga individu lain sebagai testimonial palsu atau bahan iklan mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Azhan Rani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..