” Tengok berita 24 jam pun akak sanggup macam ni… “

Video Di Sebalik Tabir Ben Amir Tunjuk Bakat Sebagai Pembaca Berita. Wah, Peminat Teruja Dengan Kehenseman Ben !!

Muhammad “Ben” Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Kerjaya beliau bermula sebagai salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012 disamping Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan.

Kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Ben pernah berlakon di dalam drama  Pl4yb0y Itu Suami Aku, Suri Hati Mr. Pilot, Sweet Dreams  dan Cinta Tiada Ganti. Popularitinya meningkat naik sejak beliau membintangi drama Sweet Dreams.

Ben juga turut berlakon di dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019. Diarahkan oleh Ahmad Idham, sitkom ini turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Douglas Lim dan Sangeeta Krishnasamy.

Menerusi akaun Instagram, Ben Amir memuatnaik gambarnya menjadi pembaca berita untuk slot Komuniti Awani di saluran Astro Awani 501. Komuniti Awani memberi peluang kepada selebriti-selebriti tempatan menunjukkan bakat sebagai pembaca berita. Kali ini peluang Ben pula mencuba.

” What a fun experience ! Thank you Astro Awani  #KomunitiAwani “

Rata-rata peminat teruja melihat Ben menjadi pembaca berita. Antara komen-komen mereka :

” Gamaknya camnie Nye hensem pembaca berita , tgk berita 24 jam pun akk sanggup.. “

” Macam nak focus kat berita kalau macamni.. “

” Handsomenya pembaca berita baru Astro Awani ni.. “

” Tiba tiba minat berita.. “

” Dari x suka tgk berita, boleh akak ko ni melekat nengok berita dari pagi sampai malam kalo ni roper pembaca beritanya. Abih semua berita luar dlm negara akak hafal nanti dik oi. “

” Kalau gini la gayenye pembace berita confirm awani trending hari².. Mcm ni berita 3jam pon boleh layan..  “

” Herlokkk sangat ni nk jd pembaca berita …. kompem tiap2 hari aku tgk berita … “

” Hadoiii tak tau boleh ke focus nak dgr berita tu nanti? “

Amboi, ramai sungguh peminat yang suka Ben Amir menjadi pembaca berita. Sampaikan ada yang tak minat menonton berita boleh menjadi minat. Tengok dari gaya Ben sememangnya ada gaya seperti pembaca berita. Semoga Ben terus berjaya dalam industri seni.

Tonton video di sebalik tabir di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ben Amir, Youtube Thenarsnew.my by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..