” Macam mana boleh tersasul ni. Memang ang4u ter0k ni. Hahaha.. “

Video Zizan Razak Memperkenalkan ‘Kekasih’ Barunya Namun Tersasul Sebut Nama Bella Astillah. Opsss Kant0i !!

Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyanyi. Pada awal kemunculannya, beliau dikenali sebagai Zizan Raja Lawak. Ini kerana beliau merupakan naib juara Raja Lawak musim pertama.

Zizan dahulu selalu bergandingan bersama Johan Raja Lawak. Mereka membentuk kumpulan yang diberi nama Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, Zizan juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu dalam bidang pengacaraan dan nyanyian.

Filem pertama lakonan Zizan ialah ‘ Duhai Si Pari-Pari’ pada tahun 2009. Bermula dari penampilan khas sahaja di dalam filem tersebut namun kini Zizan sudah menjadi tunjang utama dalam lakonan filem. Antaranya ialah filem ‘ Abang Long Fadil ‘.

Menerusi akaun Instagram Syatilla Melvin, beliau memuatnaik satu video di mana beliau meminta Zizan mempromosikan produk terbaru beliau yang berjenama Kekasih. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah Zizan telah tersasul nama Bella Astillah.

Tonton video di bawah :

” Ni baru betul EKSKLUSIF adoii laaa.. ni ka yg org tua kata angau #satukekasihcukupke  @kekasih_hq , @bellaastillah  hang tolong tengokkk bye “

Zizan sahaja bikin suspen pada permulaan video. Kononnya nak memperkenalkan kekasih. Rupanya produk Kekasih. Rata-rata peminat terkej0t apabila Zizan menyebut nama Bella Astillah. Ramai mengatakan adakah Zizan sudah ang4u dengan Bella ? Antara komen-komen mereka :

” Hahahaha ang4uuu terok ni .. “

” Lawak si Zizan ni.. “

” Bella mne plok ni @zizanrazak869. Hahahahahah. Name kekasih k ?? “

” Mcmna bole tersasul bella ne…? ha ha xtau… jwb nanti ngn paparazzi.. “

” Hahahahhaa bella terusss ! “

” Klu betul la Bellaastilah sya sebagai peminat zizan.. suka sgt la.. restu.. “

” Hahha ak pon pelik gak td ttba Bella.. haha tsasul rupanya.. “

” Dah kenapa silap sebut Bella.. “

Adoi, masa buat review pun boleh tersasul ye. Boleh pula tak perasan tu bila dah tersalah sebut nama. Kelakar dibuatnya. Semoga Zizan terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan lawak-lawak Zizan yang tak pernah kering gusi. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak, Syatilla Melvin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..