” Macam Anuar Zain la suara Dato’, 0maigodddd.. “

Video Dato’ Alha Alfa Rakam Lagu Khas Untuk Bakal Isterinya Tersayang. Sump4h Sedap Sangat Weh Suara Dato’ !!!

Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali sebagai Alha Alfa merupakan jurusolek artis dan pengasas produk kosmetik berjenama Alha Alfa. Pemuda kelahiran Kuala Lumpur ini mesra dipanggil Alha sahaja. Berpendidikan tinggi Ijazah Sarjana Muda Seni bina di UITM.

Pada pertengahan tahun 2017, rezekinya terus melimpah ruah apabila memiliki produk kosmetik sendiri iaitu ‘Alha Alfa’. Dan bermula dari situlah beliau dikenali ramai. Malah dia mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.

Selepas dua tahun produk itu diperkenalkan, beliau kemudiannya menjadi penaja utama bagi acara Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018 dan turut menjadi penaja di anugrerah yang sama pada tahun ini.

Terbaru, Dato’ Alha Alfa telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan beliau sedang merakam sebuah lagu. Difahamkan lagu tersebut dibuat khas untuk insan tersayang yang dipanggilnya dengan gelaran ‘Anje’ .

Menurutnya lagu tersebut bukanlah biasa-biasa dan ianya terlalu istimewa. Dato’ Alha Alfa diajar oleh penyanyi yang mempunyai vokal yang mantap iaitu Idayu. Jelas kelihatan di dalam video tersebut penyanyi Idayu juga berad di situ, sambil mendengar ayanyian Dato’ Alha Alfa.

Kedengaran nyanyian Dato’ Alha Alfa sangat sedap didengari dan ramai yang menyatakan suara Dato’ Alha Alfa seperti suara penyanyi terkenal Anuar Zain. Walaupun tiada latihan vokal dan latihan nyanyian, Dato’ Alha Alfa dapat menyanyi dengan baik.

Apa yang menarik lagi, penyanyi Idayu juga turut teruja setelah mendengar nyanyian Dato’ Alha Alfa. Kelihatan Idayu sedikit terkej0t dan memberi reaksi kegembiraan yang amat sangat apabila Dato’ Alha Alfa memperdengarkan nyanyiannya. Lagu tersebut mempunyai melodi yang sangat indah dan romantis.

Ini adalah sedutan daripada video tersebut :

Ini adalah posting dari Dato’ Alha Alfa beserta video yang telah dimuat naik oleh beliau.
Lets chek it out !!!

” Haaaa lagu ni sy buatkan khas utk anje sy.. haaa bukan kaleng2 ye.. tgk siapa yg ajaq nyanyi tu tqsmmm @idayuofficial ! xsabar! xsempat belajar vokal xsempat practice trus masuk record recording mengambil masa 2 jam sahaja.. “

” Harap sedap lah~ siapa nak dengar full ? korg rasa onz tak onz lagu ni tak baik idayu gelakkan sy menyanyi tarik nafas.. “

Sungguh netizen tidak menyangka Dato’ Alha Alfa mampu menyanyi dan rata-rata memuji suara beliau sangat sedap. Ini antara komen-komen mereka :

” Dhla hensem. Suara sedap plak tu.. “

” Macam Anuar zain la suara Dato’.. omaigodd. “

” Wahh tak sabar nak tgok live.. “

” Sdp le suare dato.. “

” Banyak bakat datuk ni good luck.. “

” Nice la dato @alhaalfa punya suara smoga sehat slalu dan di murahkan rezeki.. “

” Wowwwww.. Merduuuuu.. Goodluck @alhaalfa tak sabaq nak dengaq full versionnyaaa.. “

” Sumpah sore sdap gler @alhaalfa.. tlg jadi penyanyi pulak lepas nihhhlagu jiwang2 cnfirm lg rmai peminat u.. “

” Perghhh bakat terpendam dato ni ! Untuk anje dia ai is jelesss.. “

” Fuhhhh.. merem4ng la part tak mampu lg.. masuk btul.. cmni buat single pun kite lyn 4/5 kali.. good luck dato.. “

Wah, romantik sungguh Dato’ Alha Alfa kan. Siap buatkan lagu lagi untuk insan yang tersayang. Kami mendoakan Dato’ Alha AlfaΒ  dipermudahkan segala urusan dan apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Amin.

Gambar : Dato’ Alha Alfa bersama ‘ Anje’ tunang tersayang.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Alha Alfa by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..