” Macam anak Che Ta dan anak Erra Fazira je muka …”

Juliana Evans Kongsi Gambarnya Ketika Berumur 13 Tahun. Ramai Mengatakan Wajahnya Mirip Aaisyah Dhia Rana dan Aleesya.

Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans. Beliau dilahirkan pada 5 Julai 1989. Juliana merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan artis berketurunan Inggeris – Melayu. Juliana aktif dalam dunia pengiklanan dan pengacaraan sebelum terlibat sebagai seorang pelakon.

Juliana telah berkahwin dengan kerabat diraja Johor dan Selangor iaitu Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada tahun 2017. Pasangan ini tidak mengik4t tali pertunangan sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Malah majlis resepsi mereka dilangsungkan tepi pantai dengan penuh elegan, ringkas namun magikal. Pada 13 Julai 2019, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau nama manjanya baby Mily.

Menerusi akaun Instagram, Juliana berkongsi gambarnya semasa berumur 13 tahun. Juliana yang memakai t-shirt belang dan berseluar jean kelihatan comel dan cantik. Tambahan pula Juliana merupakan kacukan Inggeris dan melayu.

” 13 year old innocence.. “

View this post on Instagram

13 year old innocence 👩🏻

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Rata-rata peminat memuji kecantikan dan kecomelan Juliana namun ada yang menyatakan wajah Juliana seiras anak Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana dan wajah anak Erra Fazira iaitu Aleesya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Macam anak kak @ errafazira jew… Aleesya.. “

” Yeah i remember dis face,, same² pegi sabah 4 mssm u remember dat?? omgg miss dat time.. huhuhu.. “

” Cantiknya.. “

” Comel.. “

” Sebiji cam anak Erra Fazira.. “

” Ingat lagi Jue jadi host remaja tv3 dengan Aidit “

” Muka sebijik ank Che Ta @rozitachewan1 @aaisyahdhiarana111 hampa Aishah besaq nanti hampa muka lagu ni la… “

” Macam Aisyah Dhia Rana sikit muka you.. “

” Mcm Aisyah anak Che Ta.. “

” Kecik2 dah comel. apa leh wat .. “

Korang rasa Juliana lebih mirip pada Aaisyah atau Aleesya? Walau apa pun wajah Juliana tidak banyak berubah sehingga dewasa. Masih comel dan cantik seperti dulu walaupun sudah bergelar ibu. Pastinya anak Juliana akan mewarisi kecantikan ibunya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Evans by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..