” Lukisan ini sepatutnya sudah menjadi milik orang lain tapi.. ” – Anzalna

Gambar Kaabah Yang Dilukis Anzalna Mendapat Pujian Netizen. Sudahlah Cantik, Berbakat Pulak Tu, So Amazing Anzalna !!!

Cantik, jelita dan bergaya, itulah Anzalna Nasir. Begitu lengkap dengan pakej pandai berlakon dan mempunyai bakat tersendiri dalam melukis. Tidak dinafikan ramai yang tahu beliau pandai berlakon dan berbakat dalam bidang penggayaan, namun masih ramai yang tidak tahu beliau mempunyai tangan magis yang mampu melukis.

Anzalna pernah berdepan dengan pengalaman berdepan kata-kata orang yang mengatakan lukisan yang dilukisnya adalah bukan daripada hasil tangannya sendiri. Ini kerana tidak percaya apabila melihat lukisan tersebut terlalu cantik seperti hasil lukisan oleh seorang pelukis profesional.

Terbaru, Anzalna Nasir telah berkongsi satu posting di laman Instagram miliknya. Posting tersebut merupakan sebuah gambar lukisan yang dilukis olehnya sendiri. Lukisan tersebut adalah lukisan Kaabah dan bangunan disekelilingnya.

Menurut Anzalna di dalam kapsyennya, beliau sangat merindui untuk melukis lagi dan merindui Mekah. Dan beliau turut menyatakan lukisan ini sepatutnya sudah menjadi milik orang lain tetapi beliau sangat sayang kerana mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

Jom lihat perkongsian daripada Anzalna ini :

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, warga Instagram mengagumi bakat yang dimiliki oleh Anzalna Nasir. Mereka turut memuji kecantikan lukisan tersebut. Ini antara komen-komen yang pastinya memberi kegembiraan buat Anzalna Nasir :

” Dah la cantik.. berbakat pulak tu. Soooo talented lah mommy Eidrees ni.. “

” Cantik dan sungguh berbakat adik. Wooooow amazing talent.. “

” Masya Allah cntik lukisan. Anugerah Allah swt. Alhamdulillah.. “

”  I’m missing too your painting. im the lucky one have your painting ! limited edition.. “

” Such a nice piece mashaAllah.. what a talent! Talented and beautiful lady.. “

” Talented and beautiful lady. Cantikya nya nak satu jel0us betul dgn org pandai lukis.. “

” Cantik sangat dan rinduuuu dengan Mekah. Dah la cantik, berbakat banyak.. “

” Wow sgt.. Syukur dikurniakan bakat.. insan terpilih. Dah lah cantik, berbakat pulak tu. Alhamdulillah.. “

” Wowwww so talented beauty with talent. Magic hand! Beautiful painting.. “

Di bawah ini , kami di Berita Kopak  ingin kongsikan dengan anda beberapa lagi hasil lukisan Anzalna yang telah dimuat naik oleh Anzalna sendiri di laman Instagram miliknya. Check it out !!

Artistik betul hasil tangan Anzalna ni

Bakat yang sungguh luar biasa

Gambar pemandangan yang mendamaikan

Gambar tokoh negara hasil air tangan beliau

Wah.. sungguh berbakat bukan Si cantik jelita ini. Tengok sahaja pada hasil lukisannya. Sangat mengkagumkan. Kami di Berita Kopak mendoakan Anzalna dapat meneruskan kerja seninya ini dan terus maju jaya dalam setiap lapangan seni yang beliau lakukan.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..