” Lucu sungguh Asif. Takde mood boleh jadi ada mood layan peribahasa Asif.. “

Syahmi Sazli Kongsi Video Asif Suhaimi Berbalas Peribahasa Bersama Bocey Buat Ramai Tak Kering Gusi, Serius Kelakar Gil4 !!

Kehadiran pendatang baru dalam dunia seni ini, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey nyata membawa kelainan kepada arena lawak negara. Merupakan insan yang istimewa, Asif dan Yoe sememangnya memiliki bakat dan aura tersendiri.

Mula dikenali menerusi video-video di saluran youtube Syahmi Sazli, Asif atau nama sebenarnya Mohd Asyiff Suhaimi merupakan sepupu kepada Syahmi sendiri. Walaupun Asif menghidap ‘Aut1sme’ , namun dia mampu bergaul dengan orang di sekelilingnya dengan baik dan sopan.

Asif mula digilap bakatnya menerusi ‘Drama Spontan’ di mana ayat-ayat spontan tanpa skrip dilakonkan bersama pelakon lain. Terkenal dengan trademark peribahasa, Asif nyata menghiburkan ramai dengan jawapan balas peribahasanya.

Menerusi akaun Instagram Syahmi Sazli, telah dikongsikan rakaman semasa Bocey sedang duduk santai bersama Asif sambil berbalas-balas peribahasa. Seperti biasa, peribahasa yang keluar dari mulut Asif pasti mengundang ketawa. Tengok Abam dah sampai bergegar-gegar badan ketawa.

Jom tonton video di bawah :

” Asif main peribahasa dengan BOCEY.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka. Antara komen-komen netizen :

” Jadi la sep mung !!!… Hahahahah.. “

” Sikit-sikit lama-lama jadi jah4t.. “

” Tengok yang ni pun suke selok.. Bocey pandai pulak explain.. “

” Sak1t perut sero…. Hahahaha.. “

” Buai laju laju biar sampai pagi ahahahhaha.. “

” Asif asif.. “

” Jauh di mata dekat di depe tu.. “

” Leng0h keng-keng suko mi.. “

” Yang last tu…. Adoiii… Tak boleh tahan.. “

” HAHHAHAHAHA natural je lawak asiff.. “

” Lucu sungguh asif… Takde mood boleh jadi ade mood layan peribahasa asif.. “

” Par0k nissey.. “

” Ha, hang punya peribahasa memang WIN la Asif oiii, sak1t perut aku gelak.. “

Siapa sangka anak istimewa ini boleh membalas peribahasa dengan jawapan yang sememangnya di luar pemikiran orang normal. Lucu dan menghiburkan hati hinggakan Bocey sendiri berdekah ketawa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Asif semakin berjaya di masa hadapan dan buat Bocey good luck untuk final Maharaja Lawak Mega 2019. Moga boleh menggenggam juara sekali lagi. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli, Youtube Channel SyahmiSazli Team by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..