” Love at first sight does actually exist.. “

Isteri Sultan Kelantan, Rihana Oksana Kongsi Kisah Lamaran Sultan Muhammad V. Alahai Sweetnya !!

Umum sudah mengetahui tentang kisah detik pertemuan pertama Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Petra sebelum ini. Kali ini beliau (Oksana) berkongsi cerita lamaran Sultan Muhammad V dalam pos terbaharu di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen sangat menantikan kesinambungan kisah seterusnya selepas Rihana Oksana menceritakan detik pertemuan pertama beliau pada pos instagramnya sebelum ini. Pelbagai reaksi dan komen positif yang diterimanya dan ramai mendoakan kebahagiaan mereka.

Setelah melahirkan anak yang pertama baru-baru ini, Rihana Oksana Petra menyambung kembali kisah percintaan mereka.

Menerusi akaun Instagram, Oksana Rihana Petra menceritakan malam romantis nya ketika Sultan Muhammad V meluahkan perasaan kepadanya. Tak sangka Sultan Muhammad V ni romantik juga orangnya. Sweet sangat.

Baca perkongsian Oksana di bawah :

” Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. “

” Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York.. “‘

” Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. “

” Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya.. “‘

” Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. “

” Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.. “

” Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. “

” Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah “

View this post on Instagram

Selepas pertemuan pertama, saya dan bakal suami meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari. Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Russia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk berkerja sama dengan syarikat tersebut. Menurut kontrak ini saya terpaksa berpindah ke New York. Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya. Kami amat terpesona apabila melihat sendiri negara ini dan saya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia. Saya tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila bakal suami saya meluahkan perasaanya dan memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu. Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

 

Rata-rata netizen mendoakan yang terbaik untuk mereka. Antara komen-komen netizan:

” Your story is too romance for me to read, my queen “

” Alhamdulillah. jodoh tu rahsia Allah. semua dh tertulis. semoga sinar kebahagiaan dan keimanan berterusan buat keluarga puan permaisuri. “

” Selamat datang ke Malaysia, permaisuri Sultan Kelantan “

” Love at first sight does actually exist “

” Alhamdulillah. May Allah bless ur new family, queen “

” Semoga  kebahagiaan dan dibukakan pintu rezeki “

Indah sungguh cinta pandang pertama. Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagiaan Sultan Muhammad V dan Oksana Rihana Petra. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rihana Petra by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..