” Lisa muka Arab bila berhijab. Hampir tak kenal. Tersangatlah cantik.. “

Penampilan Terbaru Lisa Surihani Yang Kini Sudah Berhijab Selepas Balik Umrah, Buat Ramai Terpegun !!

Nama pelakon cantik Lisa Surihani binti Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Lisa Surihani tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain berlakon, Lisa juga merupakan seorang model, pengacara televisyen dan jurucakap produk.

Lisa mula aktif dalam bidang seni sejak berusia 11 tahun. Pada ketika itu Lisa muncul menerusi iklan produk Susu Coklat Ovaltine yang menjadikan kemunculan pertamanya di media. Seterusnya Lisa akhirnya menceburi bidang lakonan dan berjaya mencipta nama.

Antara drama dan filem lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat adalah I’m Not Single, Lagenda Budak Set4n, Ombak Rindu, Istanbul Aku Datang, Cicakman 3, Adamaya dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan, Lisa merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya dan berdarah kacukan Bugis, Cina, India dan Arab. Ramai sedia maklum, Lisa telah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012 dan menerusi perkahwinan ini, mereka kini dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Pada Syawal yang lalu, Lisa bersama suaminya Yusy dan juga dua anak mereka serta beberapa ahli keluarga yang lain pergi ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Beberapa gambar semasa berada di sana turut dikongsikan oleh Lisa di akaun Instagramnya.

Di sini kami di Berita Kopak akan kongsikan dengan anda gambar-gambar Lisa di tanah suci yang telah dimuatnaik di akaun Instagram miliknya :

” Hari Syawal ke-3, kenangan bersama Mummy dan Auntie Bedah (kakak kepada Mummy) setelah selesai melawat Makam Rasulullah SAW / Raudhah dan Perkub0ran Baqi.. “

” Pengalaman teramat indah tak terkata. Syukur Alhamdulillah.. “

” Pada Hari Syawal ke-4, ini kenangan kami sekeluarga setelah selesai ziarah Wida’ di Masjid Nabawi. Moga berpeluang utk ziarah makam Rasulullah lg.. “

” Kami mohon syafaat Nabi Muhammad (saw) kepada Ya Allah swt. Moga kami bertemu lagi Ya Rasulullah saw.. “

” Kenangan selepas Umrah pertama bersama suami.. “

” Kenangan kami sekeluarga sebelum Tawaf Sunat bersama anak-anak. Pengalaman yang amat bermakna buat kami berdua. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. “

” With our children Yahaira and Yusof here at The Holy Kaabah. gonna miss this place so much.. “

Setelah pulang ke Malaysia, penampilan terbaru Lisa yang kini sudah mengenakan hijab menarik perhatian ramai khususnya peminat-peminatnya.

Ini dibuktikan apabila Lisa telah memuatnaik gambarnya yang manis berhijab ketika menghadiri satu majlis dan penampilan terbarunya itu mendapat pujian ramai dan membuatkan ramai yang terpegun.

Rata-rata peminat mendoakan semoga Lisa terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. Antara komen-komen peminat :

” Lisa muka Arab bila berhijab.. “

” Babe lawa gila la you pakai tudung. MashaAllah so so so sweet.. “

” Lepas balik Dr umrah terus berhijab.. umrah mabrur.. May Allah swt ease everything for you dear.. Alhamdulillah.. “

” Kak lisa cantik sangat sangat sangat sangat. Masha Allah.. “

” Kak lisa, I know ure strong enough for this. love you and stay istiqamah okay ? “

” Lisa lisaaaaa sooooo cantikkkkkk and soooo happpyyyy for youuuuu.. “

” Hampir tak kenal.. Tersangatlah cantik.. “

” @lisasurihani u’ve done great sis.. Keep istiqamah. May we always istiqamah with the journey. Naik turun iman itu biasa, challenges will always be there but it is part and partial of life. Lawa selalu bertambah lawa Alhamdulillah.. “

Setuju tak kalau admin kata kalau orang dah cantik, bila pakai tudung dan menutup aurat akan kelihatan bertambah-tambah cantik macam Lisa ni.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Lisa istiqamah menutup aurat dengan sempurna dalam mengejar keredhaan Allah. Sama-sama kita doakan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..