” Limited edition ni sis, patut letak sup bunjut sekali tu “

Video Kejutan ‘Kek’  Hari Jadi NoorKhiriah Jadi Tumpuan !!! Wahhh ..Nak Buat Macam Ni jugak lah.. Rare Sangat …

Noor khiriah Binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah, sebuah nama yang tidak asing lagi di layar perak. Seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia ini aktif di kaca televisyen sejak tahun 1999 lagi.

Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan bayangan jelas bahawa dar4h anak seni dalam diri aktress ini cukup deras mengalir.

Bagilah apa sahaja watak kepadanya, pasti dia akan membawanya dengan begitu berkesan sekali seperti pasangannya dalam Drama Nur iaitu Azhan Rani. Lakonan mereka sangat menjadi sehingga sampai ke hati.

Karakternya yang kelakar dan mesra menjadikan dirinya mudah didekati rakan artis, krew penggambaran dan juga peminat. Khiriah juga seringkali membuat aksi lawak, di tambah pula mudah melatah membuat peminatnya selalu terhibur dan tidak kering gusi.

Tengoklah salah satu foto di bawah ni. Ada-ada sahaja Khiriah ni kan ??

Terbaru, di laman Instagram Noorkhiriah berkongsi beberapa buah video kejutan hari jadi yang diterimanya. Ramainya yang sayangkan pelakon drama Nur dan Nur 2 ni kan. Menerusi video tersebut, Khiriah menerima kejutan daripada krew-krew dan team production drama Nur serta kenalan.

Apa yang menarik pada video tersebut adalah ‘kek’ yang diterimanya. Memang ‘Rare’ sangat kek tu. ‘Kek’ yang ada maksud tersirat tu diberikan untuk Khiriah adalah kek tradisi yang pernah juga diterimanya sejak dari drama Nur lagi.

Katanya kek itu khas untuk Makcik-makcik bawang di luar sana. Nah.. ini keknya !!

Khiriah : Mau tak terkejut.. Nasib baik kontrol…

Semua yang ada di situ terus menyanyikan lagu hari selamat hari lahir versi Inggeris.

” Happy birthday to you.. Happy birthday to you .. Happy birthday to kak Noorkkhiriah.. Happy birthday to you.. “

Haaa.. tiup kak Khiriah !!!

Jom tengok momen terkejut Khiriah dalam video di bawah :

” Ni video sblm dapat kek sebenar.. Mau tak terkejut.. nasib baik control kalau tak mau sampai ke air terjun suara akak..hadeh.. “

” korang tengoklah sendiri sampai KLCC dema bawa kek tradisi dari Nur lagi.. bawang merah khas tuk acik bawang & cili merah. “

” Alas tu main pakai tudung kotak je.. cmne nak lupa perangai memasing.. hadeh.. kepala semua masuk ayaq tapi tulaa moment paling best.. “

” Tkasih onechinoizstudios, azhan rani, therajaatiqullah, syrulezwan, arjana blancheur KLCC.. nnnd maceh ambikkan bideo.. “

Rata-rata pengikutnya sangat terkejut melihat ‘kek’ yang diterima oleh Khiriah. Ini komen-komen mereka :

” Hahahaha amik.. bawang dia baginya ye kak. Mana x menjerit “

” Patut letak sup bunjut sekali tu “

” Limited edition ni sis “

” Akak rndunya kt akak.. Bfday akak ke ni…”

” Jahatnya diorang.. “

Dan ada juga yang tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya. Berikut komen mereka :

” Selamat hr lahir semoga d lindungi Allah “

” Happy birthday queen sup bunjut “

” Happy birthday kakak ” 

” Selamat ulang tahun kelahiran kak nor moga di panjang kan umur di murah kan rezeki 
di dunia dan di akhirat amin. Syg kak nor.. “

” Happy besday kak khiirah…  “

Di bawah ini adalah video flashback mengenai ‘kek’ yang diterimanya pada tahun lalu. Video dan kapsyen boleh tonton di bawah :

” Takyah nak flashback sgtlah bak kata Hamadi, tp akak nak gak. Ini kisah tahun lepas bersambung lagi semalam kek tradisi bawangcili klcc.. “

” Camne nak lupa korg, team ni dia punya best dan sejenisnya semacam.. inilah family besar Nur.. “

” Cuma thn lepas kena kat set.. maka smua ada termasuklah tuan pengarah budakijat kemain lagi.. katanya take sekali lagi.. “

” Time ni sc Hamadi kantoi, Ecah jumpa belon. Ingat kena wat skali lagi, rupanya nak bawak kek masuk, baik punya plan. “

” Har4m akak tk tau psl akak bab2 mende gini dungu sket.. apapun tkasih cw onechinoiz studios, abg azhan rani mengembalikan ala2 kenangan thn lepas semalam.. “

” Terasa gerand sgt.. kat KLCC uols.. terima kasih jua arjana. blancheur beri keizinan kekt radisi bawangcili ni dibawa masuk semalam.. HB jua Primadona Noorkumalasari “

View this post on Instagram

Takyah nak flashback sgtlah bak kata Hamadi,tp akak nak gak😝..ini kisah tahun lepas bersambung lagi semalam #kektradisi #bawangcili #klcc..cmne nak lupa korg,team ni dia punya best dan sejenisnya semacam..inilah family besar #nur..cuma thn lepas kena kat set..maka smua ada termasuklah tuan pengarah @budakijat kemain lagi..katanya take sekali lagi..timeni sc Hamadi kantoi,Ecah jumpa belon…ingat kena wat skali lagi,rupanya nak bawak kek masuk,baik punya plan..haram akak tktau psl akak bab2 mende gini dungu sket…😂😂😂apapun tkasih cw @onechinoiz_studios abg @azhan_rani mengembalikan ala2 kenangan thn lepas semalam..terasa gerand sgt..kat KLCC uols😁..terima kasih jua @arjana.blancheur beri keizinan #kektradisi #bawangcili ni dibawa masuk semalam..HB jua Primadona Noorkumalasari🎂🎂

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Jom tengok momen-momen terindah Khiriah sepanjang kejutan hari jadinya semalam.

Alahai Khiriah, ramainya yang sayangkan Khiriah ni tau. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat Hari lahir buat Khiriah, semoga Khiriah dimurahkan rezeki selalu dan dapat menyumbangkan bakat Khiriah  dipersada seni tanah air dengan lakonan yang mantap dan terbaik untuk tontonan ramai. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noorkhiriah By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..