Lihat Kejernihan Air Longkang Di Negara Jepun Ini. Kalaulah Di Negara Kita, Orang Ramai Berfikir Seperti Rakyat Jepun

Kita sedia maklum yang masyarakat Jepun senantiasa berdisplin dalam menjaga kebersihan. Mereka telah didik dari kecil lagi supaya sentiasa mengutamakan kebersihan dan tidak mebu4ng samp4h di merata-rata tempat.

Kerana didikan yang sempurna dan displin tinggi yang diterapkan dari kecil telah membuatkan masyarakat Jepun adalah masyarakat yang bukan sahaja maju tetapi juga mengutamakan kebersihan.

Lihat sahaja longkang yang berada di sebuah kawasan perumahan ini. Jelas kelihatan airnya begitu jernih dan bersih sehinggakan ikan koi berenang seperti berada di dalam akuarium ataupun di dalam kolam hiasan.

Lihat betapa jernihnya air yang berada di tepi laluan pejalan kaki ini sehinggakan jelas kelihatan ikan berenang

Longkang yang berada di kawasan perumahan ini walaupun kelihatan usang tetapi ianya sangat bersih dan terjaga

Ikan Koi berwarna-warni berenang di dalam longkang seperti berenang di dalam kolam hiasan

LongkangĀ  besar di kawasan perumahan ini seperti anak sungai yang berada di dalam hutan. Jernih dan mengasyikkan

Bagi mereka yang pernah melawat Jepun, anda mesti perasan kesukaran untuk mengesan tong sampah di Jepun. Tetapi tidak menjadi masalah bagi masyarakat Jepun. Sebagai contoh, selesai sahaja membuat apa-apa majlis, mereka akan membawa pulang semua sampah itu.

Masyarakat Jepun juga tidak akan makan sambil berjalan, sebaliknya mereka akan bawa bekalan dan makan di tempat yang disediakan khas untuk makan atau piknik. Selesai makan, mereka akan membawa pulang sampah untuk dibuang di tong sampah di rumah. Itu adalah antara budaya masyarakat Jepun yang patut dicontohi

Tidak hairanlah jika longkang yang berada di kawasan perumahan pun kelihatan bersih dan ibubapa pun berasa selamat untuk membiarkan anak-anak mereka bermain di tepi longkang

Bukan setakat depan rumah atau bangunan sahaja, jalan raya di Jepun juga sangat bersih. Sekiranya membersihkan kawasan rumah, masyarakat Jepun akan siram dan pastikan jalan raya di hadapan rumah atau bangunan juga bersih.

Adakah kita menjumpai longkang yang sebegini bersih di negara kita?. Semoga satu hari nanti masyarakat kita akan sedar tanggungjawab untuk menjaga kebersihan

Semoga satu hari nanti masyarakat kita akan lebih prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri. Ingatlah yang anak cucu kita yang akan meneruskan kehidupan di sini. Adakah kita mahu anak cucu kita hidup dalam dunia yang k0t0r dan tidak selamat satu hari nanti.

Jadikanlah apa yang terjadi di Pasir Gudang baru-baru ini sebagai pengajaran dan teladan untuk kita jika masing-masing mementingkan diri sendiri dan mengabaikan soal kebersihan.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media