” Lepas lah dia banyak-banyak, Anas kan main gym. Lepas tu kuat lah.. “

Gelagat Fattah Anas Nak Pegang Adik Yang Baru Lahir Buat Ramai Terhibur. Kelakar Lah Anas Ni, Siap Tunjuk Muscle Lagi !!

Siapa yang tak kenal Fattah Anas, si cilik yang comel dan pernah viral menjadi ‘meow’ ini ? Video yang dirakam oleh Papanya menjadi viral di media sosial dan seterusnya nama Anas menjadi sebutan ramai.

Selepas video menjadi tular, Anas semakin popular dan sering dijemput sebagai tetamu undangan di station TV dan Radio bersama Papanya, Muhammad Firdaus.

Selain itu Anas juga turut mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun tidak dilahirkan sebagai anak selebriti, sehingga kini akaun Instagram Anas mempunyai seramai 660 ribu pengikut.

Semakin banyak video Anas dimuatnaik oleh papanya, semakin bertambah lah peminat Anas dan mereka tidak jemu-jemu menonton dan menantikan video-video terbaru gelagatnya yang comel itu di Instagram.

Menerusi akaun Instagram, Papa Anas berkongsi ibu Anas telah selamat melahirkan anak kedua mereka. Anas kini sudah menjadi abang kepada seorang adik perempuan yang comel sepertinya.

Baca perkongsian di bawah :

” DAGU ANAS PIPI PUN MACAM ANAS. Nama papa tak daftar lagi , in sha allah esok lusa .. “

” Nama kali ni mummy dan adik2 beradik dia yg pilih.. papa terima seadanya andai membawa maksud yg baik.. FA..

Cepat sayang sihat.. “

Yang terbaru, Papa Anas memuatnaik satu video rakaman Anas bersama adik barunya itu.

Apa yang menariknya, Anas beria-ria meminta Opahya untuk melepaskan adiknya itu supaya Anas dapat memegang bayi itu sepenuhnya tanpa bantuan sesiapa.

Alasan Anas buat ramai yang terhibur. Alahai Anas, bijaknya kamu. Sudah nampak ciri-ciri seorang abang yang penyayang.

Jom tonton video di bawah :

” TAG LAH PADA YANG RASA DIRI TU LEMAH.. (malas nak pikir ayat) “

Rata-rate netizen terhibur dengan gelagat Anas. Ramai yang memuji Anas seorang yang comel dan bijak. Antara komen-komen netizen :

” Salam.. cerdiknya anass.. Ayah &mama anas didik anas mcm mne ea.. kongsi la ilmu.. “

” Ger4m betul la dengan budak anas ni. Lepas la dia banyak banyak ad0i.. “

” Amboi anas ni tk pernah mngecewakn lah hahahaha ade je bnda yg boleh buat aku ketawa.. “

” Bijaknya Anas ni menjawab. Ada je idea dia.. “

” Hahahaha amboii anas. Semangat nak pegang adik yerr. Semoga jadi anak yang soleh dan abang yang baik.. “

” HAHAHAHA.. bijak nyaaa Anas nie.. semoga sihat selalu syggg .. aminn.. “

” Lepas lah dia, anas kan dah main gym. weyh sumpah lawak.. “

” Awat la cerdik sangat anas nie.. “

Alahai Anas, kenapa lah comel sangat ni ? Tak pernah tak comel. Pipi tu rasa ger4m je nak cub1t-cub1t. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Anas dan adik membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan soleheh dan berjaya di dunia serta akhirat.

Semoga banyak lagi video-video menarik Anas selepas ini dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..