” Lenanya dia tidur, tak sedar langsung apa orang buat kat dia.. ” – Netizen

Mia Ahmad Kongsi Video Baby Photosho0t Baby Iris. Alahai Lena Tidur Pun Gaya Tak Menahan Iris Ni. Comel !! 

Pelakon Mia Ahmad baru sahaja melahirkan anak keduanya 19 Jun yang lalu. Bayi perempuan ini diberikan nama yang cukup ringkas iaitu Iris. Mia yang pernah berkongsi di entri terdahulunya memberitahu proses bersalin Iris lebih mudah dan lancar berbanding sebelum ini.

Memilih Mohd Izham Tarmizi sebagai pasangan hidupnya, mereka turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Sayf Issa. Gelagat Issa ketika melihat Iris juga ada dikongsikan di Instagram Mia. Nampaknya seperti Issa sayang betul pada adiknya ini.

Sudah menjadi trend semasa, baby photosho0t akan dilakukan oleh ibu bapa sebagai kenangan. Lihat bayi kecil membuat photosho0t pasti menghiburkan. Bukan perkara mudah kerana bayi kecil ini banyak ragamnya. Mia juga tidak melep4skan peluang untuk melakukan hal yang sama buat Iris.

Meninjau akaun Instagram Mia Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi baby Iris ketika sesi photosho0tnya. Memakai headband bunga di kepalanya, Iris kelihatan lena tidur. Gaya tongkat dagu dan pel0k patung rabbit tu cute betul.

Jom tonton video di bawah :

Gaya Iris dan wajahnya ini buat peminat teruja. Antara komen-komen mereka :

” Semangatnyaaa pipi princess ni. Comel sangat.. “

” Baby iris comelnye. U are so cute little pie.. “

” Comeinya seketoi tang tu princessss.. “

” Arghh comey nye iris ! Putihnya, comelnya mcm mummy.. “

” Lenanya dia tido. Tak sedar langsung apa orang buat kat dia.. “

Alahai puteri kesayangan mommy Mia ni, comel sangat gaya tidur tu. Betul-betul lena ni sampai kena us1k pun tak terjaga. Peminat pun rata-rata memuji wajah comel baby Iris ini. Apa pun, semoga Iris membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapa dewasa kelak. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..