Lelaki Yang Bekerja Sebagai Tukang kebun Ini Rupa-Rupanya Adalah Seorang RAJA. Tujuannya Melakukan Pekerjaan Itu Buat Ramai Orang Terharu

Kita biasa menonton filem zaman dahulu yang menunjukkan raja atau putera raja yamg menyamar menjadi orang miskin dan berjalan ke serata dunia untuk mengetahui dan mendalami kehidupan rakyatnya.

Tetapi, pada zaman sekarang adakah kisah-kisah seperti itu masih ada. Tidak dapat dipastikan adakah ada lagi raja yang menyamar menjadi orang susah dan merantau ke serata pelusok untuk mengetahui susah payah rakyatnya.

Ataupun pada masa kini, sukar bagi seorang Raja untuk menyamar dan bercampur dengan rakyat kerana rakyatnya sudah mengenalinya berbeza dengan zaman dahulu hanya orang yang rapat dengan istana yang mengenali raja atau putera raja.

Bagaimanapun dipetik dari lifesyle.okezone .com, seorang Raja dari Ghana bernama Eric Manu telah memilih untuk keluar dari negaranya dan pergi ke Kanada untuk bekerja sebagai tukang Kebun!. Menariknya, dia melakukan perkara itu kerana ada satu tujuan yang mulia.

Eric telah ditabalkan menjadi seorang raja ketika bapa saudaranya yang bernama Dat, meningg4l dunia tahun lalu. Sebelumnya, dia tinggal di Kanada selama tiga tahun bersama isteri dan seorang puteranya. Bagaimanapun, pertabalannya sebagai Raja tersebut membuatkannya perlu kembali ke Ghana Selatan untuk memenuhi haknya. Eric pun secara rasmi ditabalkan sebagai raja.

Setelah disahkan sebagai raja menggantikan bapa saudaranya, Eric telah mengambil satu keputusan besar. Dia yang sepatutnya tinggal di negaranya bersama rakyatnya di Adansi Aboabo, dia memilih untuk kembali ke Amerika Utara dan melmilih menjadi sebagai tukang kebun di sebuah konsultan landskap yang bernama Landscape Consultant.

Dalam sebuah video berjudul The West African King in Canada yang dimuatnaik oleh akaun YouTube Great Big Story, Eric kelihatan bekerja keras walaupun dirinya adalah seorang raja yang sah.

Walaupun begitu, apa yang dia lakukan sebenarnya bukan bermaksud dia melupakan rakyatnya. Dia mahu menjadi inspirasi untuk rakyatnya. Dia bekerja keras dan hasil pendapatannya akan diberikan untuk meningkatkan taraf kesihatan untuk rakyatnya. Dia mahu semua rakyatnya sama-sama menyumbang untuk memakmurkan negara.

Apa yang telah dilakukan oleh Eric Manu di atas, menjadi salah satu teladan yang perlu dicontohi oleh semua pemimpin. Seorang pemimpin harus menunjukkan yang mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk berbakti kepada rakyatnya. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Eric itu mendapat manfaat dan kebaikan untuk rakyatnya.

Tonton VIDEO Berkaitan Di Bawah Ini

Terima Kasih Kerana membaca. Silakan SHARE ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : okezone