Lelaki Ini Meletakkan Kain Ke Dalam Baldi Yang Berisi Campuran Simen.

Apabila Kering, Ramai yang Terpegun Bila Melihat Hasilnya!

Kita biasa melihat orang melakukan sesuatu dengan idea yang sangat kreatif. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan terpakai, kita selalu melihat mereka-mereka yang mempunyai idea yang kreatif melakukan sesuatu yang luar biasa.

Kita tidak menyangka kadang-kadang apa yang kita lihat itu sebenarnya dibuat dari bahan-bahan terpakai tetapi dengan idea yang sangat Genius. Begitu juga dengan lelaki ini yang menggunakan idea kreatifnya dengan melakukan sesuatu yang sangat luar biasa.

Pada mulanya dia menyiapkan campuran simen biasa dari simen, pasir kasar dan air. Kemudian dia meletakkan campuran simen tersebut ke dalam sebuah baldi.

Selepas itu dia memasukkan sehelai kain terpakai dan membiarkan kain tersebut diselaputi dengan campuran simen tersebut.

Akhir sekali, selepas benar benar keseluruhan kain tersebut di selaputi dengan simen dia mengangkatnya dan meletakkan di atas sebuah bekas yang diterbalikkan.

Hasilnya, sebuah palsu bunga yang cantik dan menarik dapat dihasilkan.

Lihat hasil kreatifnya ini yang diletakkan di bahagian luar rumah membuatkan ianya kelihatan unik dan cantik.

Begitulah jika seseorang mempunyai idea yang kreatif. Ianya dapat menjumatkan kos dan hasilnya memang menakjubkan mata melihatnya. Anda pun boleh mencuba melakukan cara ini. Untuk menjadikan lebih menarik anda boleh mencampurkan simen tersebut dengan batu-batu kecil ataupun batu sungai.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: coco