Lelaki Ini Kahwini Gadis Pilihannya Ini Dengan Hanya Ber ‘Maskahwinkan’ 3 Biji Telur Ayam Dan Duit RM4.70 Sahaja.

Rupa-Rupanya Ada Makna Di Sebalik Mas Kahwin Itu

Sebelum ini, empat kekasihnya telah menolak inangannya kerana tidak sanggup untuk menerima mas kahwin yang akan diberikan olehnya. Tetapi akhirnya, seorang gadis menerima bersetuju dengan mas kahwin tersebut sekaligus bersetuju untuk menjadi isterinya yang sah.

Dipetik dari Tribunnews, lelaki tersebut yang bernama Agus Riadi, 33 tahun yang berasal dari kampung Renteng, Lombok Tengah, Indonesia telah berkahwin dengan Rosiana, 31 tahun dengan maskahwin 3 biji telur ayam dan wang tunai RP 16,000.

Menurut Agus, sebelum itu dia telah mengecewakan empat kekasihnya kerana hanya mampu untuk memberikan mas kahwin tersebut untuk perkahwinan. Keempat-empat kekasihnya itu telah menolak pinangannya. Tetapi apabila dia mengenali Rosiana, wanita itu bersetuju untuk menerima mas kahwinnya itu.

“Saya mempunyai empat kekasih, saya telah mengecewakan mereka semua yang tidak sanggup menerima maskahwin 3 biji telur ayam.”Kata Agus seperti dipetik dari Kompas pada hari khamis lalu. Menurut Agus, Rosiana tidak keberatan untuk menerima maskahwinnya itu dan mengganggapnya adalah pilihan yang tepat untuk dijadikan isteri.

Perkahwinan mereka juga dibuat dengan sederhana dan tidak mengikut adat yang biasa dilakukan kerana keadaan ekonominya yang tidak stabil. Agus hanya bekerja sebagai pembantu kebersihan di sebuah h0spital di Lombok Tengah.

Menurut Agus, isterinya itu sangat memahami keadaan dirinya. “Isteri saya ini seorang yang memahami dan tidak ambil kisah dengan majlis perkahwinan yang dilakukan dengan sederhana sahaja”. kata Agus yang sesekali tersenyum sambil bersalam dengan tetamu yang terdiri dari kenalan rapat dan saudara mara terdekat sahaja.

Menurut Agus, tujuan dia memberikan mas kahwin berupa 3 biji telur ayam kampung itu adalah kerana ingin mendapat anak yang ramai sepertimana ayam yang mempunyai anak yang banyak. Dia percaya, anak yang ramai akan memurahkan lagi rezeki mereka itu.

Ditanya berapa bilangan anak yang ingin dia ada selepas berkahwin, agus mengatakan yang dia akn berusaha sekuat mungkin untuk mendapatkan anak yang ramai.

Dari tiga biji telur ayam tersebut yang menjadi maskahwin, dua di antaranya di makan mentah begitu sahaja untuk memberinya stamina, kesihatan tub0h dan sebiji darinya dieram bersama ibunya.

Dan disebalik duit Rp16,000 (RM4.70) yang diberikan bersama dengan maskahwin tersebut, Agus mengatakan jumlah tersebut adalah permintaan Rosiana sempena dengan perkenalan mereka pada 16 Februari yang lalu.

Semoga perkahwinan mereka senantiasa diberkati dan bahagia sepanjang masa. Dan semoga apa yang diharapkan oleh Agus akan menjadi kenyataan dan dimurahkan rezekinya.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Kompas / Tribunnews