Lelaki Ini Buktikan Usia Bukanlah Halangan Untuk Menurunkan Berat Badan

Dia Mampu Menurunkan 48 kg Dalam Masa 10 Bulan Sahaja hanya Dengan 4 Langkah Ini!

Melihat seorang rakannya yang s4kit di h0spital telah memberi kesedaran kepada David Young. Dia berfikir sudah samapai masanya yang dia perlu dia perlu mengubah tabiat pemakanannya dan cara hidupnya.

Dia tahu berat badannya telah terlalu tinggi. Ketika itu berat badannya telah mencapai 145 kg lebih. Melihat rakannya yang sedang s4kit di h0spital itu telah menyedarkannya dan dia perlu tekad melakukannnya.

Bermula dari hari itu, dia mula menjaga pemakanannya. Dia tidak lagi makan burger apabila melepak bersama rakan-rakannya. Dia tahu memulakan sesuatu yang tidak terbiasa pasti akan berat dilakukan tetapi dia selalu menaikkan semangatnya sendiri dengan berkata.”Lama-kelamaan aku akan terbiasa”.

Sebenarnya David tidak melakukan diet yang berlebihan. Dia hanya mengubah gaya hidupnya. Sebelum ini jika dia berada dalam keadaan tertekan dia akan mengambil makanan untuk meredakannya. Kini dia akan lebih suka berbincang dengan doktor tentang gaya hidupnya.

Dengan nasihat dari doktor, David telah menetapkan sasaran untuk menurunkan 2000 kalori sehari dan  dia perlu cuba sedaya upaya untuk mencapainya. Hasil dari usahanya yang berdisplin dan bersemangat, dalam masa 10 bulan, perbezaan pada dirinya telah dapat dilihat.

Dari berat badannya yang mencecah 145 KG, dia telah dapat menurunkan lebih 47 KG dan kini berat badannya hanya 97 KG lebih. Dia berkongsi dan memberitahu bagaimana 4 cara di bawah ini dapat membantunya menurunkan berat badan.

1. Belajar Memasak

Untuk mengetahui apakah makanan yang sihat utuk di makan, David mengambil inisiatif untuk memasaknya. Untuk makan malam, David akan menyediakannya dan perkara ini sangat membantu dia menurunkan berat badan. Dia juga dapat meningkatkan kualiti masa bersama isterinya.

2. Melakukan Larian

Selain itu dia juga melakukan senaman. Pada mulanya dia melakukan larian, dia tidak mampu untuk melakukan dalam masa yang lama. Dia menceritakan yang pada mulanya dia berlari hanya 2-3 minit sahaja. Tetapi dia mengantinya dengan berjalan kaki dan berlari 2-3 minit.

Lama kelamaan dia semakin seronok melakukannya. Sekarang ini, menurutnya dia mampu untuk berlari 16 Km dalam masa 1 jam 35 minit sahaja.

3. Menggunakan bantuan teknologi

David juga memuatnaik aplikasi yang dapat merekodkan tentang pemakanannya dan tahap kesihatannya seperti kadar pengambilan kal0ri, tekanan, dan berat badan. Dengan teknologi tersebut, dia dapat melihat sasaran yang dia capai setiap hari dan ianya akan memberikan motivasi yang lebih untuk dirinya.

4. Pergi Gymnasium

Tidak ketinggalan, pergi ke gymnasium untuk bersenam dapat membantunya melihat perubahan pada dirinya. Dia akan pergi 4 kali dalam seminggu dan di situ, David akan mengangkat beban untuk menguatkan otot-0totnya.

Begitulah apa yang dilakukan oleh David Young. Dia memberitahu kita semua yang usia itu bukanlah penghalang untuk menurunkan berat badan dan menjadi orang yang sihat dalam hidup. Apatah lagi untuk kita yang masih muda. Semoga ianya akan memberi kita inspirasi untuk mencapai apa yang kita tetapkan.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media