” Lelaki baju putih tu bakal menantu ke hihi. Helok je budaknya.. ” – Netizen

Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Norman Hakim Dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Namun Kehadiran Seorang Jejaka Bersama Mereka Jadi Tumpuan. Wah Orang Istimewa Ni !! 

Pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi sudah lama berp1sah. Mereka yang pernah bergelar suami isteri dulu dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kesemuanya sudah besar dan remaja.

Baik Norman mahupun Abby sudahpun mempunyai keluarga sendiri. Keakraban mereka sekeluarga sering mendapat pujian peminat. Bercuti, menyambut ulangtahun, berhari raya juga semua dilakukan bersama. Kesemuanya nampak ceria dan gembira selalu.

Semalam telah diraikan ulangtahun kelahiran anak kedua mereka, Marissa Dania. Dania yang kini sudah berusia 15 tahun. Istimewanya kelahiran Dania 15 tahun dulu, dia disambut sendiri oleh Norman kerana Abby bersalin dalam kereta.

Meninjau akaun Instagram Memey Suhaiza, telah dikongsikan satu video mereka menyambut ulangtahun Dania. Kelihatan bersama Norman, Memey, Abby, Maria Danisha dan seorang jejaka misteri. Nampak mesra je semuanya namun muka jejaka misteri ini malu-malu gitu.

Jom tonton video di bawah :

Kehadiran jejaka ini mendapat tumpuan ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Lelaki baju putih tu bakal menantu ke hihi. Helok je budaknya.. “

” Habiss lah semua tanya jejaka baju puteh.. “

” Cantik sungguh Dania. Tu bf dania kerr.. “

” Aaaaa baju putih tu sape. bakal menantu lettewww huhu.. “

” Sama sama pakai baju putih nampaknya. Dania dh ada bakal imam.. “

” Who’s the guy in white shirt? Someone’s special for dania? Wow, siapa pun dia.. Wish you guys and family always be blessed by Allah swt.. “

” Jejaka bju putih tu msti some one special kan. Senyum pun malu-malu.. “

Seronok dan meriah sambut birthday sambil outing bersama ni. Dania pun cantik macam Abby mukanya sejak semakin dewasa ni. Siapa pun jejaka itu, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Dania. Moga gembira selalu di samping keluarga tersayang. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza, IG Marissa Dania, IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..