” Lawanya, ni adik nombor berapa ? Memang jenis keturunan cantik-cantik ni.. ” – Netizen
Kongsi Ucapan Serta Video Sambutan Ulangtahun Perkahwinan Adiknya, Datin Wira Rohaiza, Wajah Adik Rozita Che Wan Ini Jadi Perhatian Warganet. Wah Lawanya Adik Che Ta, Anak Ramai Pun Maintain Cantik !!
Sebut sahaja nama pelakon Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta, mesti ramai yang kenal. Bahkan Che Ta antara selebriti yang popular. Meskipun sudah berusia 40an, wajah dan penampilannya yang dikatakan tidak dimam4h usia sering mendapat pujian.
Selain Che Ta, adiknya Ayu Raudhah turut dikenali ramai. Namun tahukah anda, selain Che Ta dan Ayu Raudhah, mereka ini juga mempunyai adik beradik perempuan yang lain dan memiliki wajah yang jelita serta awet muda.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Che Ta, telah berkongsi satu video yang memaparkan majlis meraikan ulangtahun perkahwinan adiknya, Datin Wira Rohaiza Che Wan. Perkongsian video dan ucapan oleh Che Ta itu telah menarik perhatian warganet.
Manakan tidak, ramai yang memuji kecantikan adik Che Ta ini yang dikatakan wajahnya seperti ala-ala model. Turut kelihatan ada bersama adalah ibu Che Ta, adik beradik yang lain serta adik ipar Che Ta iaitu Lan Pet Pet.
Jom ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, selain memuji kecantikan adik Che Ta, rata-ratanya turut memberikan kata ucapan sempena ulangtahun perkahwinan buat Datin Wira Rohaiza dan suami. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawanya adik Che Ta yang ni, adik nombor berapa ? Memang jenis keturunan cantik-cantik lah Che Ta ni.. “
” Happy anniversary Datin Wira and Datuk Wira. Semoga terus kekal bahagia bersama hingga ke syurga, amin.. “
” Cantik adik, rasanya yang ni yang ada anak ramai tu, maintain je badan. Semua cantik-cantik adik2 Che Ta.. “
” Selamat ulang thun Datin Jaja. Rndu nk borak2 dgn Cikta dn Jaja kt butik dulu. Semoga kita dapat berjumpa lagi.. “
” Happy annivessary kak Jaja, awet muda noh semuanya. Bertuahlah jenis baka elok, semua adik beradik nampak sebaya ja, tak makan usia.. “
” Cantik ampa dua, suka tengok wajah ampa. Che Ta smpai la dok muda macam tu lah, dok sebelah adik pun nampak macam sebaya ja umur.. “
” Sungguh jelita Datin Wira Jaja, selamat ulang tahun perkahwinan Datin Wira dan suami. Semoga terus bahagia bersama anak-anak.. “
” Woww nampak meriah. Tahniah n selamat ulang tahun perkahwiann yang ke 13 tahun. Semoga terus kekal bahagia hingga ke jannah.. “
Sebelum ini, Datin Wira Rohaiza pernah menjadi perhatian media dan perbualan netizen kerana masih kekal cantik walaupun anak ramai. Apa-apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan buat Datin Wira Rohaiza. Semoga perkahwinan pasangan ini akan terus kekal bahagia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan, Rohaiza Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..