” Lawak, kepochi sekampung ye datin. Baik datin ni, suka saya tengok.. “
Bila Bibik-Bibik Lambat Bersiap, Habis Semua Kena Dengar Datin Shahida Membebel. Alahai Comel Betul Datin !!
Isteri kepada pengasas D’Herbs, Datin Shahida Rashid bukan nama asing dalam industri. Datin Shahida atau nama penuhnya Nur Shahida binti Mohd Rashid dilahirkan pada 14 Mac 1985 dan kini berusia 34 tahun. Beliau memiliki tujuh orang adik beradik dan merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarganya itu.
Pernah menyertai kumpulan nasyid Solehah, Datin Shahida adalah teman rapat kepada penyanyi Bienda. Selain bidang nyanyian, Datin Shahida juga pernah menjadi model bagi iklan syampu Sunsilk. Menerusi iklan ini Datin Shahida bertemu dengan suaminya dan menjalin ikatan lebih erat sebelum dibawa ke jinjang pelamin.
Datin Shahida mendirikan rumahtangganya bersama Dato’ Aliff Syukri pada bulan Ogos 2007 dan sehingga kini mereka sudahpun dikurniakan 4 orang cahaya mata bernama Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Mereka juga mempunyai seorang anak angkat bernama Ameena. Terkini Datin Shahida menghitung hari untuk kelahiran cahayamatanya yang ke 5 dijangka minggu hadapan.
Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida memuatnaik satu video dimana dia sedang membebel-bebel menunggu bibik-bibiknya yang masih belum siap untuk ke kenduri. Bukan biasa-biasa bibik-bibik Datin ni. Dia punya bersiap berhias boleh sampai berjanggut Datin tunggu. Hehehe..
Jom tengok video Datin Shahida di bawah :
” Bila kita siap dulu dari bibik2 !!.. ”Ā
” Tiap kali nak keluar berjalan ginilah kepohnya.. Yang penting saya dan budak-budak siap awal dari bibik-bibik ni…. Bukan main bergaya bermakeup.. Adoi macamana nak keluar sorang lagi baby minggu depan ni tambah huru hara kan!!.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan keriuhan Datin Shahida bersama anak-anak dan bibik-bibiknya itu. Antara komen-komen netizen :
” Hahaha bik tudung kena bebel dengan datin pun sempat cakap terima kasih datin.. “
” Hihi saya suka tengok gelagat bibik dan family datin. Semoga dipermudahkan urusan bersalin datin nanti. Aamiin.. “
” Hahahaaa cantik-cantik bibik Datin Alhamdulillah bibik-bibik punya majikan yang baik macam Datin … Untung kann.. “
” Suka nya tengok family datin. Riuh rendah tapi semua comel-comel belaka.. “
” Hahahahha.. Datin kena jadi guru besar lah nampaknya… Murid-murid lambat bersiap. Sedia r0tan baru cepat tu.. “
” Comel kak cess panggil ameena tanggeci.. “
” Lawak.. Kepochi sekampung ye datin.. Baik datin ni.. Suka saya tengok.. “
” Hahaha.. Comel je cess panggil meena tangechee.. “
” Datin jangan mar4h-mar4h sangat nanti baby keluar.. Comel la datin ni bebel.. “
” Comel nye satu-satu naik kereta. Nanti tambah lagi sorg merangkak pulak. Rezeki datin ada anak ramai.. “
” Kak ces cakap.. Tanggaci pastu yusuf.. Hahaa.. Sweet!!.. “
Beruntunglah bibik-bibik ada majikan yang baik macam Datin Shahida. Walaupun selalu kena bebel, tapi hatinya baik dan selalu diberi hadiah dan imbuhan. Tak sabar rasanya nak tengok keriuhan keluarga datin dengan kehadiran cahayamata baharu nanti. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua urusan datin dimudahkan.. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..