” Lawa-lawa anak Zul 2 by 2, dah besar semua.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Terbaru Penyanyi Zul 2 By 2 Bersama Anak-Anak Perempuannya Cur1 Perhatian Peminat. Wah Dah Ada Anak Dar4 Dah Zul, Abahnya Nampak Muda Lagi !!
Bagi peminat yang membesar di era tahun 90-an, pastinya masih mengingati bait-bait lirik dalam lagu Mawarku dendangan kumpulan 2 By 2 bersama Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Vokalisnya, Zul juga pernah bergelar abang ipar kepada penyanyi Tomok.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Zul bersama Ismaliza iaitu kakak Tomok, Zul telah dikurniakan 5 orang anak iaitu 3 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Meninjau akaun Instagram Zul, telah dikongsikan beberapa keping gambar Zul bersama anak-anak perempuannya ini.
Seri Aida Merlissa, Seri Ayreen Merlynda dan Seri Adryana Mercella, nama buah hati Zul yang kini sudahpun meningkat remaja semuanya. Memiliki wajah yang manis seperti kedua ibu bapa mereka, semua juga nampak sopan dalam imej berhijab.
Tulis Zul di kapsyennya berbunyi ‘ Alhamdulillah dapat juga jumpa permata hati abah ha. Rindu sangat-sangat ‘. Zul turut tag nama akaun sosial anak-anak gadisnya ini di posting tersebut. Wah abahnya masih terlihat muda namun sudah ada 3 orang anak dar4 yang cantik.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh Zul ini mendapat perhatian daripada peminat dan antara komen-komen mereka yang dapat kami kongsikan :
” Cantik-cantik semua anak abang. Harta paling berharga yang tiada ternilainya. Keakraban seorang ayah memberi perhatian kepada anak-anaknya.. “
” Wow dah besar-besar anak dar4 abang zul 2by2. dulu saya ada pernah jumpa masih kecik lagi tau.. “
” Lawa-lawa anak Zul 2 by 2. Dah besar anak-anak abah ni, dah anak dar4 semua. Alhamdulillah take care everyone.. “
” Assalamualaikum …wajahnya bang zul awet muda .. seperti belum punya anak ternyata sudah punya anak dar4 dan besar-besar semuanya.. “
” Wah dah besar anak dar4, wish for your happiness my brother. sweet family. Sikit lagi dpt menantulah ya.. “
” Semoga anak anak abah ni akan menjadi anak solehah. Comel comel dan lawa semuanya anak abah ni.. “
” Alhamdulillah keluarga bahagia bang Zul. Anak adalah harta yang terindah, semoga Zul bahagia dan sukses selalu.. “
Anak-anak gadis yang tentunya selalu dalam ingatan si abah. Senyuman pun mirip sahaja anak dan abah ini. Apa-apa pun, semoga Zul berbahagia selalu bersama keluarga tercinta dan terus success dalam apa jua lapangan yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zul2by2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..