” Lawa-lawa anak Datin Shahida. Ameena pun comel je.. “
Datin Shahida Kongsikan Gambar Ke Semua Anaknya Ketika Bayi Namun Respon Kakak Iparnya, Yatie Sendayu Tinggi Buat Ramai Terhibur !!
Nama Datin Shahida Rashid bukanlah satu nama asing lagi. Dikenali sebagai isteri kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri, Datin Shahida dilihat sebagai tulang belakang di sebalik kejayaan suaminya itu. Terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut dan tidak pernah meninggi diri jauh sekali menyombong diri membuatkan Datin Shahida mudah didekati.
Datin Shahida mendirikan rumahtangga bersama Dato Aliff Syukri ketika dia berusia 22 tahun manakala Dato Aliff berusia 20 tahun. Jurang umur bukanlah persoalan dan halangan untuk mereka membina keluarga yang bahagia. Ikatan suci ini memberikan mereka 5 orang cahayamata dan seorang anak angkat.
Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah dan Ameena nama diberi kepada amanah Allah kepada pasangan ini. Walaupun Ameena hanyalah anak angkat merangkap anak susuan Datin Shahida, namun kasih sayang dan perhatian diberikan semuanya sama rata dan sama adilnya.
Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida telah berkongsi gambar kenangan semasa masih bayi ke semua anak-anaknya termasuk anak angkatnya Ameena. Tertera di situ berat bagi ke enam-enamnya namun yang menarik adalah hashtag makcik bawang jangan risau.
Sempat lagi Datin selitkan jenaka kerana beliau sedia maklum sikap netizen yang suka membawang lagi-lagi berkaitan anak.
Jom baca perkongsian Datin Shahida di bawah :
” Semua ada #ameenapunada #makcikbawangjanganrisau.. “
” Ammar lahir 3.4 kg, Qadejah lahir 2.9kg, Ibraheem lahir 3.1 kg, Ameena lahir 2.3 kg, Yusoff lahir 3.15 kg, Raudhah 2.84 kg.. ”
” Mak-mak mesti ingat berat anak waktu lahirkan… Bapak-bapak je tak ingat… anak-anak saya yang lain semua lahir 38-39 minggu… Raudhah je 37 minggu…. Ameena saya tak ingat berapa minggu tapi kecik je dia dari lahir.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut. Antara komen-komen netizen :
” Semua macam seiras.. Nak-nak tang hidung.. “
” Your children are all beautiful. Moga anak-anak kita bawa kita ke syurga insha allah.. “
” Muka aminah same muka abang amar time kecik la…”
” Nanti ada mak cik bawang kataa, nape tak ingat ameena berapa weeks? Biasa laa netizen banyak suka cari salah.. “
” Hashtag tu win Datin.. “
” Makcik bawang please move on dah nak 2020 ni. Berwawasan lah sikit.. “
Kakak ipar Datin Shahida, Puan Yatie Sendayu Tinggi turut meningg4lkan komen :
Namun balasan komen antara Datin Shahida dan kakak kepada Dato Aliff Syukri, Puan Yatie menerima banyak tanda suka oleh netizen :
Lain mata lain pandangannya, itu sudah pasti. Mungkin ada yang melihat ada persamaan, mungkin ada juga yang lihat perbezaan ketara namun semuanya adalah kurnian Allah buat Datin Shahida dan Dato Aliff. Tak perlulah netizen membuat perbandingan kerana pada pasangan ini semuanya diberi kasih sayang yang sama rata.
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Datin Shahida sekeluarga sentiasa di bawah lindungan Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida, IG Yatie Sendayu Tinggi by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..