” Lawa bila bertudung.. “

Kongsi Gambar Berhijab Selepas Pulang Dari Umrah, Peminat Doa Ayda Jebat Terus Istiqamah. Cantiknya Ayda, Sejuk Mata Memandang !!

Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Ayda juga merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Ayda mula aktif dalam dunia seni sejak tahun 2011.

Nama Ayda mula melonjak naik apabila beliau membintangi drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014 di samping pelakon Zul Ariffin. Melalui drama ini Ayda telah dinobatkan sebagai Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.

Pada 24 Februari lalu, Ayda telah pergi mengerjakan umrah bersama penerbit terkenal Sheila Rusly serta suami, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya. Ayda turut memanjatkan rasa syukur kerana berkesempatan untuk mengerjakan umrah yang pertama.

Menerusi akaun Instagram, Ayda berkongsi gambarnya memakai tudung. Ayda kelihatan manis dan ayu dengan penampilan sebegini. Tidak dapat dipastikan sama ada Ayda ingin terus berhijab atau tidak namun gambar beliau ini mendapat pujian ramai.

Rata-rata netizen memuji penampilan Ayda berhijab. Antara komen-komen mereka :

” Sejuk mata tengok bila bertudung.. “

” Lawa bila bertudung.. “

” Subahannallah cantik sangat akak ayda berhijab.. Seriously tak t1pu manis sangat sangat… “

” MashaALLAH…. cantiknya. semoga tetap istiqomah seperti ini.. “

” Comeynya dik… “

” Manisnyaaaa. Semoga istiqamah. Amin… “

” Cantik sgt.. “

Sememangnya Ayda nampak manis apabila bertudung. Peminat-peminat Ayda juga turut memberi komen positif dan gembira jika Ayda mengenakan hijab. Jika benar Ayda ingin terus bertudung, semoga Ayda terus istiqomah dengan segala cabaran-cabaran di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayda Jebat by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..