” Last tu ger4m reaction ‘I forgot’, memang win.. “

Video Yusof Iskandar Cuba Mengingat Cara Ibunya Membuat Cekodok Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bijak Sangat Yusof. Gaya Pemikiran Macam Orang Dewasa Sangat !!

Yusof Iskandar merupakan anak sulung kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Mereka berkahwin pada tahun 2015 dan telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang cukup comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisha Aisyah.

Kedua-dua anak mereka mempunyai akaun Instagram sendiri yang dikendalikan oleh Hanis dan Hairul. Mereka selalu berkongsi gelagat anak-anak mereka di akaun Instagram tersebut. Akaun Instagram Yusuf mempunyai pengikut yang sangat ramai iaitu lebih kurang seramai 2.7 juta.

Yusuf juga dilihat sebagai seorang anak yang baik dan beradab. Ini dapat dilihat daripada video-videonya yang dimuatnaik oleh Hanis. Ternyata Yusuf diberi didikan yang sempurna oleh ibu bapanya. Walaupun masih kecil tetapi Yusuf pandai berfikir seperti kanak-kanak yang lebih berusia daripadanya.

Menerusi akaun Instagram, video Yusuf cuba mengingat cara-cara untuk membuat cekodok telah dimuatnaik. Yusuf cuba mengingatnya kerana dia mahu pengasuhnya membuatkan cekodok untuknya. Amboi, bijak Yusuf boleh cuba ingat satu persatu.

Tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kebijakan Yusof yang mampu mengingat langkah demi langkah untuk membuat cekodok. Namun part dia terlupa itu memang mencuit hati. Antara komen-komen mereka :

”  I forgot  eyy cute nya ! “

” APO COMEL SANGAT NI KAKAK CANNOT LAAAAAAA !! “

” Gaya memikir da mcm org besar jari letak bawah hidung mmg winn  bijak nye awk Yusuf.. “

” Hahahahaha last tu ger4m reaction “i forgot” alahai .. “

” Shoo cutee lah Yusuf.. smart boy.. “

” Bijaknya sayang Yusof ni.. “

Alahai, comel dan bijak sangat Yusof ni. Yusof dilihat seorang anak yang taat dan sopan kerana kebanyakan video yang dikongsikan oleh Hanis menunjukkan Yusof seorang anak yang baik. Semoga Yusof membesar menjadi seorang anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..