” Lara Alana yang I rasa sayang bila tengok.. ” – Netizen
Awal Ashaari Kongsi Video Thr0wback Lara Alana Ketika Bayi. Wajah Lara Yang Comel Jadi Perhatian Netizen. Alahai Cute Sangat Lara !!
Siapa yang tidak kenal pada si cilik Lara Alana, anak kepada dua artis popular Malaysia, Awal Ashaari dan Scha Al Yahnya. Lara mendapat tempat di hati pengikut-pengikutnya di laman Instagram. Ramai yang mengikutinya sehingga akaun Instagramnya kini sudah pun mencecah 4 juta followers.
Anak selebriti yang cerdik dan suka berfesyen ini, bukanlah nama asing dalam industri seni, malah juga terkenal dalam bidang permodelan dan pengiklanan. Walaupun Lara masih kanak-kanak, namun dia telah berjaya menjana pendapatannya sendiri sejak dari bayi lagi.
Bukan sahaja Awal Ashaari, isterinya Shca Al Yahya juga tidak terkecuali berkongsikan gelagat dan keletah Lara di laman Instagram. Tidak hairanlah Lara menjadi salah seorang anak selebriti paling dikenali. Kecomelan dan kepetahan Lara dalam berkata-kata menjadi perhatian warganet.
Apa yang menariknya, perkongsian daripada Awal di laman Instagram miliknya adalah berkenaan dengan sebuah video anaknya Lara ketika masih bayi. Perkongsian itu sempena mengingati hari kelahiran Lara pada 6 tahun yang lalu yang sangat bermakna buat Awal dan Scha.
Apa yang dipaparkan dalam video itu lagi adalah kecomelan Lara ketika bayi. Momen paling indah yang pastinya diingati oleh setiap ibu bapa di dunia ini apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat di depan mata. Kini dan pada hari ini tepatlah usia Lara 6 tahun.
Di bawah ini adalah perkongsian daripada Awal. Jom tonton !!
Video Lara ketika bayi ini mendapat perhatian warganet. Ada juga yang mengikuti perkembangan Lara sejak Lara dilahirkan lagi. Ini antara komen-komen mereka :
” Tak kenal uolls in person. Tapi, dalam ramai2 anak selebriti, lara alanaa lah yg i rasa sayanggg je bila tgk. Happy 6th birthday Lara Alana.. “
” Happy Birthday Lara Alana sayang. You always be my sweetheart eventhough we never meet.. “
” Love sgt dgn lara lara alanaa dari baby sampai skrg, happy birthday lara.. “
” Cepat masa berlalu, happy birthday princess. first baby artis juga yang start famous kt ig, hahhahaha.. “
” Comel tengok dia senyum, Cara dia pandang tu pun nampak dah bijak budaknya.. “
Alahai, memang comel Lara ni. Dengan wajahnya yang selalu tersenyum dan periang buat hati selalu cair apabila melihatnya. Sesungguhnya tidak jemu mata memandang si comel Lara ni. Kami di Berita Kopak mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir untuk Lara, semoga Lara dalam rahmat Allah selalu hendaknya. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Awal Ashaari, Lara Alana, Scha Al Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..