” Lama mommy peram video ni, the journey of Nur Fatima Aisya.. ” – Netizen
Ucapan Nur Fazura Dan Video Khas Yang Tidak Pernah Dipertontonkan Sebelum Ini Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Nur Fatima Aisya Yang Pertama Raih Perhatian Peminat. Wah Cutenya Fatima Selepas Lahir. Gambar Last Tu Paling Comel !!
Sedar tak sedar, setahun sudah berlalu sejak permata hati Fazura dan Fattah Amin dilahirkan. Nur Fatima Aisya dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Cuma berbeza beberapa hari dari hari kelahiran Fazura, hari istimewa ini pastinya dinanti-nantikan oleh Fazura dan Fattah.
Menerusi akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan detik sejak Fazura disahkan hamil dan proses sepanjang kehamilan sehinggalah Fatima pada usianya sekarang.
Wajah Fatima ketika lahir yang ketika itu tidak ditunjukkan kepada umum juga dapat dilihat dalam video ini. Semakin membesar, semakin comel Fatima kesayangan mommy dan daddy ini dan wajahnya banyak mirip dengan wajah Fattah.
Kapsyen Fazura juga yang mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah atas kurniaan terindah ini. Fatima membawa banyak perubahan dalam hidup Fazura dan si kecil ini juga mengajar tujuan dan maksud kehidupan.
Jom tonton video di bawah :
Posting oleh Fazura ini telah ditonton hampir 250 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :
” Happy birthday Fatima. Alhamdulillah, semoga Fazura dapat baby banyak banyak lagi. Sebab comel comel anak anak tu Insya ALLAH.. “
” Happy birthday Fatima sweetheart. It’s been a joy tumpang happy tengok Fatima membesar. Terus membesar dgn sihat dan bahagia. We love you.. “
” Happy 1st Birthday Fatima. Tiada ucapan dan doa seindah dan terharu mendengarnya,selain datangnya dari seorang ibu kepada zuriatnya.. “
” One year has passed, insyaAllah Fatima will be a great daughter to mommy and daddy. Happiest birthday Fatima sayang.. “
” Happy birthday Fatima syg. semoga menjadi anak yg solehah. First time mommy kongsi banyak gambar Fatima masa baby. much love.. “
” Happy happy birthday Fatima sayang yang kiyoot miyot. Membesar dgn sihat dan gembira ye. Gambar last tu hai lah ca1r hati tengok.. “
” Just beautiful, she just adorable. Suka sangat dapat tengok video ni, dah lama mommy peram ni sampai setahun. The journey of Nur Fatima Aisya yang mahal.. “
Ramai peminat yang sayang pada Fatima ini. Semoga bertambahnya usia, Fatima dikurniakan Allah kesihatan yang baik, diterangkan hatinya dan menjadi anak yang solehah untuk mommy dan daddy. Selamat hari lahir Nur Fatima Aisya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..