” Lajunya baca Al-Fatihah, cute suara serak-serak basah gitu.. ” – Netizen

Video Gelagat Ayden Adrean Main Dengan Mainan Barunya. Namun Part Last Ketika Bella Astillah Suruh Baca Surah Al-Fatihah, Ayden Ters1lap Baca Doa Makan Buat Netizen Terhibur. Eh, Eh Comel Je Ayden !!

Mohamad Ayden Adrean adalah si cilik intan payung dan anak kesayangan Bella Astillah dan Aliff Aziz. Dipanggil dengan panggilan mesra Ayden, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga tahun. Ayden dilahirkan pada 8 Julai 2017. Merupakan seorang anak yang ceria dan periang.

Gelagat dan keletah Ayden seringkali dikongsikan Bella, sama ada di laman Instagram miliknya atau pun milik anaknya Ayden Adrean. Melihat gambar dan video yang dikongsikan Bella, ramai yang ger4m dengan wajahnya yang comel. Kini Ayden sudah pun mempunyai 216 ribu followers.

Menerusi entri terbaru Bella Astillah di laman Instagram, sebuah video IGTV telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan gelagat Ayden bermain dengan mainan barunya. Mainan tersebut diberikan oleh seseorang sempena hari lahirnya yang lalu. Ayden juga banyak mendapat hadiah semasa majlis hari lahirnya itu

Video yang berdurasi lebih 10 minit itu padat dengan pelbagai gelagat Ayden. Daripada bermain mainan baru, menyanyi bermacam-macam jenis lagu, dan sehinggalah Ayden mengatakan ingin masuk tidur Bella menyuruh Ayden mengucapkan selamat malam.

Apa yang menarik lagi, apabila Ayden hendak tidur, Bella meminta anaknya itu membaca surah Al-Fatihah. Sangat menghiburkan apabila Ayden hampir membaca doa makan. Selepas itu, barulah Ayden membaca Surah Al-Fatihah. Seronok tengok Ayden pandai baca, walaupun ada kesalahan itu adalah proses pembelajaran.

Kalau nak tengok gelagat Ayden membaca Al-Fatihah, sila tonton video di bawah ini sampai hab1s okay !!

Ini pula posting berkenaan Ayden membuka hadiah yang diterima sempena hari lahirnya itu. Wahh banyaknya!!

Tinjauan di ruang komen di bawah posting tersebut, seperti kebiasaan buat peminat Ayden Adrean pastilah memuji kecomelannya dan kebijakan si cilik ini. Ini antara komen-komen daripada mereka :

” Laju baca al fatihah, Cuteeeeee suara ser4k-ser4k basah gitu.. “

” Comelnya awak ayden, love you Ayden.. “

” Panjang rambut muka Bella, pendek rambut muka Alif.. “

” Lailahaillallah, Selama ke ni aku duk ingat Ayden ni gegirl baru perasan kat profil ada nama muhammad.. “

” Wah, seronok Ayden dapat mainan ye.. “

Alahai bijak la Ayden ni, semua boleh ye, menyanyi boleh mengaji boleh. Apa yang Mummy suruh buat semua Ayden buat. Good boy !! Kami di Berita Kopak mendoakan Ayden menjadi orang yang berilmu dan ilmunya memberi manfaat kepada orang lain. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean, Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..