” Lain macam PA Dato’. Patut Datin lain macam.. “

Dato’ Aliff Syukri Musykil Kenapa Datin Shahida Kurang Senang Dengan PA Barunya. Memang Patut Pun Datin Layan Macam Tu !!

Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman, satu nama gah dalam di Malaysia. Bukan sahaja kerana beliau pengasas D’Herbs dan AS Legacy, namun juga kerana penglibatan beliau di dalam dunia lakonan, nyanyian dan juga peragaan. Dilahirkan pada tanggal 3 April 1987, Dato’ Aliff merupakan anak kepada pengasas kosmetik terkenal Sendayu Tinggi, bonda Rozita Ibrahim.

Dato’ Aliff dibesarkan oleh neneknya di Sabak Bernam Selangor. Beliau mula melibatkan diri di dalam dunia perniagaan dengan menjual kosmetik dari rumah ke rumah dan menjaja di pasar-pasar. Hasil usaha keras beliau, maka terhasillah D’Herbs Holding yang mana gah berdiri sebagai syarikat kosmetik terbesar di Malaysia.

Dato’ Aliff telahpun berkahwin dengan Datin Shahida Rashid ketika usianya baru mencecah usia 20 tahun. Berkahwin di usia muda memaksa beliau untuk bekerja keras untuk memberi kesenangan kepada keluarga tercinta. Hasil perkahwinan ini, Dato’ Aliff dikurniakan 4 orang cahayamata dan seorang anak angkat.


Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff Syukri memuatnaik video dimana dapat dilihat pembantu peribadinya yang terbaharu mula mendaftar masuk kerja di hari pertama. Namun reaksi dan mimik muka dari Datin Shahida seolah-olah tidak senang dengan pemilihan PA baru ini jelas ketara kelihatan.

Jom baca perkongsian Dato’ Aliff di bawah :

” Kenapa wife abang macam tak senang dengan PA yang baru ni ??.. “

” Hari pertama PA terbaru saya masuk kerja.. Abang doakan dia lama bekerja dengan abang dan boleh menjaga keluarga abang dengan terbaik sebab nak kerja sebagai pa ni bukan senang.. “

” Kalau korang nak tengok sambungan video ini macam mana dia memulakan pekerjaan pada hari yang pertama di rumah abang dan menguruskan perniagaan abang orang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris abang dah posting.. “

Rata-rata netizen juga nampak kurang bersetuju dengan pemilihan PA baru Dato’ Aliff ini. Antara komen-komen netizen :

” Tukar PA please dato . Dah lah nak hangkut PA tu ke sana sini . Cari lah yang menyenangkan hati datin tu . Jangan over sangat hokayyy.. “

” Si ajim ni cari PA dato ke nak cari calon isteri ajim haha.. “

” Saya pernah jadi PA.. Takde perangai gini tergedik gini.. Kalau camni saya kalau saya sebagai isteri pun tak senang hati.. Meh saya jadi PA datin.. Im kids lover.. “

” Kalau boleh PA biarla lelaki.. Takyah la amek perempuan.. Lebih selamat dan jauh dari f1tnah.. Hati datin pun tak sak1t.. Tak cemb0ru.. “

” Cari PA yg beradab. Bila jumpa orang dia bagi salam, yang low profile. Penyayang dengan kanak-kanak, bukan pilih kasih. Tau adab, tau hukum agama. Jaga hati sesama manusia. Bukan macam ni terkinja kinja je aku tengok.. “

” Lain macam PA dato. Patut datin lain macam.. “

” Cari PA lelaki aje dato… Tu yang terbaik… Mungkin yang tu Tak rasi dengan datin… Sian pulak tengok datin… Macam stresss aje dia.. “

Memang patut Datin Shahida berkelakuan seperti itu. Baru di hari pertama sudah kelihatan sifat kurang bersopan santun pekerja baharu Dato’ Aliff ni. Kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik buat Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida. Semoga kehadiran PA baru ini boleh meringankan bebanan dan jadual seharian Dato’ lebih tersusun.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, Youtube Channel TV Terlajak Laris by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..