” Lain kali jangan cabar budak-budak, padan muka kau Achey.. “

Video Achey Mencabar Seorang Budak Melakukan Backflip, Apa Yang Berlaku Buat Achey Tidak Percaya.. Ambikk K0pak Duit !!

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang  musim pertama terbitan Saluran TV3.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Untuk makluman, Achey dan Anne mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah. Achey sering memuat naik video anaknya yang comel itu  untuk tontonan pengikutnya.

Dalam entri terbaru Achey di Laman Instagram miliknya, Achey telah memuat naik sebuah video. Video tersebut dirakam ketika Achey berada di SMKDS. Difahamkan Achey telah mencabar seorang pelajar di sekolah tersebut untuk melakukan ‘Backflip’. Cabaran tersebut disahut oleh pelajar tersebut.

Achey juga menjanjikan akan memberi RM100 kepada pelajar tersebut sekiranya dapat melakukan ‘Backflip’ tersebut. Sebelum pelajar tersebut membuat Backflip,  Achey sempat bergurau dengan pelajar tesebut.

Achey : Ooo.. bawak powerbank ke sekolah ke.. Hello !!!

Pada awalnya, Achey mengatakan pelajar tersebut tidak akan berjaya membuat Backflip

Achey : Saya tak percaya .. tak percaya …

Pelajar tersebut dengan tenangnya melompat dan terjadilah Backflip

Pelajar tersebut mendarat dengan sempurnanya . Satu dewan bersorak !!

Reaksi Achey selepas pelajar tersebut dapat membuat Backflip  dengan bergayanya. 

Pengacara : Yuhuuuu.. seratus Achey.. seratus.. haha

Ad0ii Achey.. sabar je lah yer !!! Jom tonton video di bawah untuk melihat gaya pelajar tersebut buat Backflip :

” Lain kali jangan cabar budak2. Padan muka kau chey kopakk kau rm rm rm. Ada lagi kejadian di smkds yang hav0c. “

Terdahulu, Achey pernah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukan suasana SMKDS yang hav0c menyambut ketibaannya.

View this post on Instagram

#smkds havoc!!!! Tq

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata peminat dan pengikut Achey merasa terhibur dengan reaksi Achey. Ini komen-komen mereka :

” Haha… achey kintang kintung… Alamak lupa nk bg th ko… Budak yg ko cabar ni adik beradik dia org semua atlet2x sklh smkds Haha.. “

” Haha asal dgn muka ko xleh terima hakikat kew.. “

” HAHAHA itulah , cabar budak lagi hope next year we can meet again ! nak tengok pulak Achey kena cabar dgn budak.. “

” Ambik jangn pdng sblh mata “

” Tercengang awak nye.. “

Terbaiklah Achey, di mana-mana sahaja memberi hiburan kepada peminatnya. Kami di Berita Kopak mendoakan Achey terus berjaya dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..