” Lahhh suara dia sedap rupanya, lagi sedap dari Mami lagi.. “

ICSYVMY2 : Ramai Yang Tidak Menyangka Peserta ‘Melodi Terindah’ Boleh Menyanyi. Mulanya Nampak Kaku, Sekali Menyanyi Terus Gelek-Gelek. Kalah Mas Idayu !!!

I Can See Your Voice Malaysia ialah sebuah program realiti nyanyian televisyen yang disiarkan di TV3. Program dan formatnya adalah berdasarkan pada rancangan I Can See Your Voice yang merupakan francais dengan nama yang sama yang berasal dari Korea Selatan dan kini sudah pun masuk musim kedua.

Artis yang menjadi tetamu mesti cuba meneka enam penyanyi misteri sama ada mereka penyanyi sebenar atau penyam4r bersuara sumb4ng tanpa mendengar mereka menyanyi. Mereka akan dibantu oleh sekumpulan panel penyiasat, di bawah pasukan detekt1f suara (juga dikenali sebagai SING-vestigators).

Malam tadi menampilkan artis jemputan penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu sebagai artis jemputan manakala  penyanyi Elly Mazlein dan juga Aman RA sebagai artis jemputan sebagai detektif suara yang menjadi pembantu penyi4sat dalam misi mencari penyanyi sebenar.

Apa yang menariknya malam tadi, telah menyaksikan peserta yang menggunakan gelaran Melodi Terindah mengejutkan penyanyi Mas Idayu kerana merupakan Penyanyi Sebenar. Itu bermakna pilihan Mami Mas Idayu tepat, sekaligus menjadikan Melodi Terindah pemenang untuk malam ini dan berjaya membuat persembahan di konsert istimewa ICSYV Malaysia nanti.

Pada awalnya tidak menjangkakan peserta Melodi Terindah boleh menyanyi dan ramai menjangkakan peserta ini adalah penyamar. Apabila Melodi Terindah membuka suaranya semua yang berada di situ agak terkej0t dan terpuk4u dan tidak menyangka alunan suara dari peserta ini sangat indah didengari.

Untuk makluman Melodi Terindah atau nama sebenarnya Norafheda Binti Madrigal ini berusia 28 tahun dan berasal dari Sabah. Difahamkan inilah peserta pertama dari negeri Sabah yang layak pergi ke Showcase I can See Your Voice Malaysia musim kedua untuk setakat ini.

” Lahh. Suara dia sedap rupanya! Korang mesti ingat dia Peny4mar kan? Congratulations Melodi Terindah ! Anda adalah Penyanyi Sebenar ! Saksikan secara langsung di TV3 atau strim live di Tonton dan Youtube tv3malaysia #ICSYVMY #ICSYVMY2.. “

Rata-rata netizen yang telah menyaksikan nyanyian daripada peserta Melodi Terindah memuji nyanyian dan suara peserta ini sangat merdu. Ini antara komen-komen mereka :

” Padu suara dia !!! Nasib baik mummy buat pilihan yg betul.. “

” Best sgt episode nie dgn Jihan yg tak abis2 d4jal semua artis haha.. To sapa2 yg ckp tak suka tu hak masing2 tapi kali nie mmg best even mumy to gar4ng2 tapi dia boleh je buat kami semua gelak2 haha..

” Sedap lg suara budak tu dari mommy.. “

” Mama lak OK je dia mcm tu as long ikhlas dia nk happy2 je terbaik sgt mlm nie.. “

” Harini.. Mmg best.. X berenti gelak.. Hahahah.. “

” Macam biasa ig.. suara mmg padu.. “

” Mula2 nampak k4ku.. sekali nyanyi fuhh . sedappp.. “

” Sedapnya suara lenggok lemak merduuu.. asyikkkk.. “

” Terbaikk.. sedapp alunan dia.. “

Tahniah untuk semua peserta I can See Your Voice kerana berani mempersembahkan bakat anda. Kami di Berita Kopak mendoakan  peserta Melodi Terindah terus maju jaya dan mencapai segala cita-cita yang diimpikan. Semoga ada ruang untuk Melodi Terindah untuk menunjukkan bakatnya di luar sana. Amin.

Di bawah ini adalah video penuh nyanyian antara Melodi Terindah Dan Mas Idayu :

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia, ICSYVM2, Youtube TV9 Malaysia Official by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..