” L0qlaq hang Pak Azad. Memang gelak berdekah-dekah, semp0i habis !! “

Gelagat Pak Azad Buat Review Produk Sampai Terlondeh Seluar Buat Ramai Yang Terhibur. Adehhh.. Tak Pernah Tak Kelakar !!

Kepada yang mengikuti akaun instagram pelakon Azad Jazmin atau dikenali dengan nama Pak Azad dan isterinya pelakon dan penyanyi Eira Syazira, pasti anda selalu melayan video-video kelakar dan sweet daripada pasangan merpati dua sejoli ini yang dikongsikan buat tatapan peminat-peminat mereka.

Pak Azad ini kalau buat video memang tak pernah lah tak kelakar. Ada sahaja ideanya yang sangat mencuit hati ramai orang. Memang tak kering gusi kalau menonton gelagatnya yang kuat menyakat dan bergurau sama ada dengan isterinya Eira Syazira, anak-anak dan juga ahli keluarga yang lain.

Barulah happening kan kalau dalam keluarga ada pak lawak dan orang yang kuat menyakat macam Pak Azad ni. Gurau senda pengikat silaturrahim kekeluargaan. Lebih-lebih lagi bila Paz Azad buat lawak, ketawa Eira Syazira yang terbahak-bahak itu pun kedengaran sangat kelakar dan menghiburkan.

Menerusi akaun Intagram, Pak Azad berkongsi video sedang membuat review produk. Apa yang menariknya, ketika sedang berlari-lari anak, tiba-tiba seluar yang dipakainya terl0ndeh. Selamatlah ada pakai seluar pendek kat dalam. Alahai serius lawak Pak Azad, boleh buat orang berdeka-dekah gelak tak kering gusi.

Jom tonton video di bawah :

” Punya berombak exclusive sampai terl0ndeh.. hehehe love this tee by @ombakexclusive.
Bukan Bishe2 Baju Pak Azad Ni.. “

” Nampak segak betul and kuruih dari biasa. Thank you @ombakexclusive bagi Pak Azad nampak kuruih.. “

” You guys patut check out ig depa @ombakexclusive. And PALING BEST depa dah release lagu tau boleh search kat youtube ‘Ombak Merdeka’ “

Rata-rata netizen terhibur dengar gelagat Pak Azad yang sangat mencuit hati. Antara komen-komen netizen :

” Loqlaq hang Pak Azad… P4nggg satgi.. “

” Kahakahakajakh pe bedekah. Brader azad memang lawak.. “

” Hahahahahah, adoiiii kelakar lah azad nie.. “

” Tk leh go bila ulang blik. Lawak betui laaa..”

” Hadoilahhhh… tak pernah tak menghiburkan hati bini… gelak ajerr.. “

” Pak azad tak pernah tak kelakar.. Hahahalawak.. “

” Hahaha adoi pak azad, minat betulla dengan lawak dia dari cerita KONGSI lagi.. “

” Tak pernah x sak1t perut gelak tgk depa 1 family ni tau !.. “

” Tolong laaa pak azad.. Adoii… Tlg sat habaq macam mana nak bagi berhenti gelak ni.. Hahahaha.. “

” Sempoi bak hang pak azad.. sempoi abis. Eira gelak aku dgr takut mcm nak put0s napas.. “

Tak boleh nak move on lah tengok video-video Pak Azad. Sampai sen4k perut dan ketawa berdekah-dekah dibuatnya. Kami di Berita Kopak mendoakan Pak Azad terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga lebih banyak lagi video-video kelakar yang akan dikongsikan oleh Pak Azad selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..