” Kusangkakan hatiku ‘daging’, rupanya baru ku tahu ianya ‘kapas’ !! “

Seluruh Produksi Mingguan Wanita Buat Kej0tan Hari Jadi Buat Norman Hakim, Namun Tidak Disangka Ini Yang Terjadi. Tawa Dalam Air Mata !!

Aktor kacak bertubuh sasa, Norman Hakim bukan nama asing dalam dunia hiburan. Bintang Gerak Khas ini memiliki ruang tersendiri di hati peminat-peminatnya. Anak kelahiran Kuantan Pahang ini dilahirkan pada 8 Januari 1976.

Mula berkecimpung di dalam dunia seni apabila menjadi juara Hero Remaja 1993/94. Banyak menjayakan drama-drama tempatan, wajah Norman seakan-akan melekat di benak fikiran penonton. Lakonannya yang mantap dan penuh dengan penghayatan meningg4lkan kesan yang mendalam.

Norman juga pernah bergelar penyanyi bersama kumpulan Impression yang juga dianggotai oleh Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin. Terkini Norman menjadi hos rancangan berunsur kewanitaan iaitu ‘Mingguan Wanita’ bergandingan bersama pelakon Erra Fazira dan Siti Elizad Sharifuddin.

Menerusi akaun Instagram, Norman Hakim telah memuatnaik satu video di mana kelihatan beliau mendapat kej0tan ulangtahun kelahirannya dari seluruh produksi ‘Mingguan Wanita’. Norman yang tidak mampu menyembunyikan rasa terharunya itu dilihat menitiskan air mata. Terharu yang amat dalam !

Jom tonton video di bawah :

” Kusangkakan hatiku ‘daging’, rupanya baru ku tahu ianya ‘kapas’!.. “

” Ma shaa Allah tq so much @mingguanwanita TV’s team untuk keraian ni. Tak tahu mana nak sorok dah. Memang tak jangka langsung. Terlalu bermakna. Tak tahu kenapa macam sentimental sangat.. “

” Saya tahu diorang semua sangat-sangat busy, mana nak kejar contents, mana nak kejar datelines, mana lepas live nak kena shoot promo, nak post mortem dan etc tapi masih ada kesempatan untuk mengingati dan meraikan.. “

” Deep from the bottom of my sincere heart, im so touched, sangat-sangat berterima kasih dan sangat-sangat menghargainya. Semoga korang semua sentiasa didalam lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t Aamiin Ya Rabb.. “

” Once again tq so much to each of everyone in the team.Love u guys so much @aina_itam @errafazira @elizadsharifuddin @sherry_alhadad @radin_era @norkamalasari @haar_r @azrinasir @eqahyusop @yasminasri @nora_jelitasieka @farrafysalle @yanamajied88.. “

View this post on Instagram

Ma shaa Allah tq so much @mingguanwanita TV’s team utk keraian ni.Tak tahu mana nak sorok dah.Mmg tak jangka langsung.Terlalu bermakna.Tak tahu kenapa mcm sentimental sangat . . Saya tahu diorang semua sangat2 busy,mana nak kejar contents,mana nak kejar datelines,mana lepas live nak kena shoot promo,nak post mortem & etc tapi masih ada kesempatan utk mengingati & meraikan🙏🏻 . . Deep from the bottom of my sincere heart,im so touched,sangat2 berterima kasih & sangat2 menghargainya🙏🏻Semoga korang semua sentiasa didalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t Aamiin Ya Rabb . . Once again tq so much to each of everyone in the team.Love u guys so much @aina_itam @errafazira @elizadsharifuddin @sherry_alhadad @radin_era @norkamalasari @haar_r @azrinasir @eqahyusop @yasminasri @nora_jelitasieka @farrafysalle @yanamajied88 . . ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Rata-rata netizen terharu melihat kej0tan itu. Antara komen-komen netizen :

” Selamat hari lahir.. Semoga terus berjaya dan bahagia dunia akhirat.. “

” Memang touching kalau kita tak tahu tiba-tiba ada suprise dari kawan-kawan.. “

” Aku pun rase sebak weyh .. Selamat ulang tahun Norman Hakim .. Semoga dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur dan diberkati dunia akhirat.. “

” Happy Birthday Norman Hakim.. “

” Malu malu Kucing so cute happy birthday semoga panjang umur murah rezeki bahagia disamping isteri dan anak-anak kawan-kawan tersayang.. “

” Alololo sedihnya.. Hehehhe sanah helwah bro @normanhakim_786.. “

” Halah Halah Halah…. Hati kapas ye bang.. “

” Pecah lobang sisi wanita norman hakim.. “

” Hahah time kak @errafazira cakap “ni bukan tisu, kapas dah ni” pecah gelak aku.. Hahahah. Happy birthday to abang @normanhakim_786 semoga terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.. Aamiin.. “

” Saya nangis.. Aduhai.. Happy birthday bro @normanhakim_786 .. “

Melihat air mata lelaki segagah Norman gug0r buatkan hati netizen turut sama menjadi hati kapas. Benar-benar terkej0t dan terharu dengan kesungguhan rakan-rakan sekerjanya itu. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Norman Hakim dan semoga Allah melimpahi rezeki yang tidak putus di masa akan datang.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..