” Korang ni sibuk betul samakan Bella dengan Pavithra.. ” – Bella Astillah

Bella Astillah Kongsi Status Panjang Lebar Di InstaStory Tegur Netizen Yang Menggelarkan Youtuber Pavithra Sebagai Bella Astillah 2.0. Untuk Makcik-Makcik Bawang, Sila Baca Dan Hadam Yer !!

Setiap orang layak untuk hidup bahagia bersama orang yang  tersayang. Bukan mudah sebenarnya untuk mengharungi hidup dalam alam rumahtangga. Suami dan isteri perlu memahami antara satu sama lain. Memahami perangai pasangan sangat penting supaya mampu bertolak ansur.

Ramai orang kata, permulaan perkahwinan semuanya indah-indah belaka. Manakan tidak, yang bus0k dikatakan wangi dan yang masam pula dikatakan manis. Adat resam kehidupan, kadangkala bila dil4nda 0mbak, pastinya kadang terumb4ng-amb1ng. Apa yang penting jangan terburu-buru dalam membuat keputusan.

Begitulah kehidupan selebriti kecil molek, Bella Astillah. Kisah rumahtangganya juga tidak lari daripada bada1 yang mel4nda. Namun sikap Bella yang sentiasa tenang menghadapi pelbagai kr1sis rumahtangga membuatkan Bella lebih tabah. Lagi-lagi memikirkan tentang anaknya, Ayden Adrian dan bayiyang baru lahir.

Terbaru, menerusi tinjauan di ruangan Instastory Bella, sebuah status telah dimuatnaik oleh Bella mengenai pandangan dan teguran terhadap netizen yang menyamakan situasi yang dihadapi oleh Pavithra dan suaminya Sugu hampir sama dengan kisahnya dan suami, Aliff Aziz.

Bella menceritakan tentang kehidupan berumahtangga bukanlah mudah apabila ingin membuat sesuatu keputusan bercera1 dan juga bersama semula. Banyak perkara yang perlu difikirkan lagi-lagi bila memikirkan tentang anak yang masih memerlukan kasih sayang. Seharusnya netizen perlu mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Di bawah ini adalah status di Instastory  yang dimuatnaik oleh Bella. Jom baca dan fahami.

” Korang ni sibuk betul pasal Pavithra. Samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0 ? Just because she chose to maafkan suami dia ? Korang nak dia buat keputusan yang macam mana ? Bercera1 terus ? Tak payah fikir pasal anak2 ? Pasal sumahtangga ? Pasal keluarga ? “

” Bukan senang nak buat keputusan. Marriage bukan macam main masak2, melibatkan keluarga juga. Korang nak diorang div0rce ? Lepas tu baru korang nak bersorak ? Tak faham apa yang netizen nak. Bila orang bergad0h suruh fikir kebaikan pasangan dan anak2 tapi bila orang dah berbaik pula suruh bercer4i ? “

” Better kita semua cermin kehidupan sendiri dan perbaiki kelem4han diri dulu. Dia nak jadi single ke nak kahwin ke nak jadi apa pun it’s her own rights. Apapun risk0, con sequences yang dia hadap lepas ni diri dia juga yang akan hadap sebab pilihan dia. Siap cakap ‘haa lepas ni mesti kena lagi rab4k’. “

” The question now is who are we to judge ? Are we perfect enough ? Are we an angel ? And macam mana kita ni boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi ? Kita bukan tuhan. Kita semua tak tahu apa takdir kita. Yang kecew4 tak selamanya kecew4. Yang bahagia tak selamanya bahagia sebab semuanya hanya sementara. Sebagai manusia / netizen atau orang luar apa salahnya kita wish then yang baik2 je.. “

Untuk makluman, beberapa hari lalu tular mengenai kisah Duo Youtuber terkenal iaitu pasangan suami isteri S.Pavithra dan M. Sugu menghadapi sedikit krisis dan perselisihan faham menyebabkan Sugu telah ditahan reman oleh pihak berkuasa. Namun selepas itu Pavithra membuat keputusan memaafkan suaminya.

Apa pun yang terjadi di dalam rumahtangga mereka berdua ini, kita doakan yang baik-baik sahaja. Tiada siapa yang inginkan perceraian dan menghancurkan masjid yang dibina. Kalau boleh ingin hidup selamanya bersama walaupun sekuat mana badai yang melanda. Bertenang dan berbincang adalah jalan yang terbaik.

Kami di Berita Kopak mendoakan buat pasangan Bella dan Aliff , Pavithra dan Sugu, semoga terus tabah melalui kehidupan yang mendatang. Bertabahlah menghadapi kec4man netizen kerana apabila sudah menjadi public figure, semuanya akan menjadi bahan cerita dan perhatian umum. Terus maju jaya !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah, Sugu Pavithra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..