” Kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja.. “

Setelah Lama Berdiam Diri, Mawar Karim Akhirnya Meluahkan Sesuatu Mengenai Hubungannya Dengan Fizo Omar

Nama pasangan pelakon dan juga usahawan terkenal Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim tidak perlu diperkenalkan lagi. Masing-masing berjaya mencipta nama dan terkenal di Malaysia.

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013. Alhamdulillah, setelah 4 tahun mereka diijabqabul, akhirnya Allah menganugerahkan mereka seorang cahaya mata perempuan yang diidam-idamkan selama ini.

Pasangan ini telah mendapat anak pada 29 Disember 2017 menerusi rawatan kesuburan setelah mereka mencuba pelbagai rawatan dan ikhtiar tanpa berput0s asa.  Anak comel itu diberi nama Wan Maryam.

Apa yang menyedihkan  baru-baru ini kita dikej0tkan dengan berita Mawar sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka. Sebelum ini dikhabarkan Fizo dan Mawar dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi perbualan ramai kerana meraikan raya Aidilfitri secara berasingan.

Ramai yang terkej0t dan tidak menyangka perkara ini kerana Fizo dan Mawar kelihatan seperti pasangan yang bahagia. Apa-apa pun, dalam rumahtangga pasti ada dugaannya. Bak kata lirik lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergig1t, inikan pula suami isteri.

Baru-baru ini Fizo ada meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka di akaun Instagram miliknya. Mawar sebelum ini hanya berdiam diri walaupun diasak pelbagai pertanyaan.

Menerusi akaun Instagram, Mawar akhirnya memberi respon kepada persoalan yang diajukan kepadanya. Menurut Mawar, apa yang berlaku ini adalah kisah peribadinya dan Mawar berpendapat biarlah pasangan suami isteri itu sahaja yang terlibat.

Ini kerana jika ada campur tangan  daripada orang lain, masalah mungkin akan jadi lebih besar dan ter0k.

Baca luahan Mawar di bawah :

” Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak tergur1s hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan, mencerita terutama kisah peribadi sy. “

” Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2. Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan, kerjaya, kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita.. “

” Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah, sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya. kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.. “

” Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain.. “

” Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar.. “

” Hanya saya & fizo saja tahu, rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami.. “

” Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah, didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita.. “

” Banyak benda kita perlu ‘k0rban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berk0rban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam.. “

” Benar, semua mengimpikan kebahagian, mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan, impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2.. “

” Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesul1tan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan, Jodoh aj4l, m4ut semua di tangan Tuhan.. “

” Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy, fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian.. “

View this post on Instagram

Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita. . Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. . Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. . Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. . Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on

Rata-rata netizen rasa sebak dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Antara komen-komen netizen :

” Btul kata Mawar kdg2 kurang komunikasi pun benda yg kecil akan jadi besar…. kdg2 campur tangan keluarga pun akan menjadi punca keret4kan rumahtangga x semestinya org ke 3 shj rumah tangga musn4h.. “

” Moga Allah pjg kn jodoh kamu berdua, amin ya Allah… “

” Semoga smua dpermudahkn.. ye kami doakn yg baik2 sje. moga jodoh kekal hingga ke jannah. Amin.. “

” Semoga Allah permudahkn urusan mawar dn fizo….. Buang eg0 masing2 utk ank.. InsyaAllah.. “

” Semoga Allah membuka jalan penyelesaian yang baik utk family fizo mawar and maryam… jgn kalah pd ujian ni… minta la pada Allah kerana Allah sebaik² tempat utk kita selesaikan masalah. Kami doakan yg terbaek .. “

” Semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah both of u kuat hadapi any kind of challenges in your marriage. Juat hold the trust & love between u and stay strong together. May Allah bless u & family insyaAllah.. “

” Semoga Allah berikan yang terbaik. Sesungguhnya kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta.. “

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Fizo dan juga Mawar serta Maryam. Semoga semua urusan dipermudahkan dan baik-baik sahaja. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar, Mawar Karim by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..