” Kita punya beriya tengok sampai habis.. ” – Netizen

Sari Yanti Kongsi Gelagat Dariya Inara Tidurkan Baby. Ingatkan Baby Khidir Rupa-Rupanya. Alahai Dariya, Kelakar Macam Abah Jep !!

Keluarga pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti antara yang sering mendapat perhatian. Sari sudahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya bernama Barr dan Baasit. Kedua-dua orang anaknya ini akrab dengan Jep.

Dariya Inara adalah anak perempuan Sari dan Jep. Sari  yang sudahpun melahirkan anak keduanya dengan Jep pada 2 minggu yang lalu. Mereka memperoleh seorang bayi lelaki yang diberi nama Khidir. Nama ini diberitahu sendiri oleh Sari ketika ditanyakan peminat di Instagram storynya.

Meninjau Instagram Sari juga, banyak perkongsian video anak-anaknya yang teruja dengan kelahiran Khidir. Baasit terutamanya yang setia menjaga adik. Dariya juga turut sama mengikut kelakuan Baasit dan turut sama berada di tepi katil Khidir.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dariya sedang tidurkan baby. Dariya yang mengayunkan buaian bayi itu buat ramai menyangka Khidir yang berada dalamnya. Namun apabila Sari mengalihkan kamera ke dalam buaian, terlihatlah ‘baby‘ yang sebenar.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Dariya tidokan baby. 😅

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Gelagat Dariya ini menghiburkan dan mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Daughter like father haha. Sama kelakar.. ” 

” Dariya tidokan bby atau dariya menari.. “

” Hahahahahahahahhahahaha ! Kita punya beriya tengok sampai habis.. “

” Baiknya kakak dariya. Comelnye baby dgn kakak.. “

” Rajinnya kakak dariya tolong tidokan adik. Comel je baby tuuu.. “

Alahai Dariya dah pandai buat lawak macam Abah Jep ni. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ye tak. Ingatkan betullah adik baby rupanya-rupanya anak patung. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Dariya membesar dengan sihat dan menjadi kakak yang baik untuk adik Khidir. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran,report untuk c0pyright akan dikenakan..