” Khas buat you, I hope you like.. “

Siti Sarah Hadiahkan ‘Sesuatu’ Buat Shuib Demi Buktikan Cintanya.  Alahai Sweetnyaaaaa.. Tahniah Shuib Dan Sarah!! 

Siti Sarah binti Raissuddin atau lebih di kenali sebagai Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 dan kini berusia 35 tahun. Merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon. Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila berjaya menjadi peserta akhir untuk Bintang RTM 2001.

Beliau juga pernah mendapat anugerah ” Artis Baru Terbaik “, ” Album Pop Terbaik “ dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003″ . Siti Sarah juga merupakan satu-satunya artis baru yang turut tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Datuk Siti Nurhaliza pada tahun tersebut.

Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Awais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Beliau juga mula bertudung sepenuhnya pada bulan Mei 2018 dan sekarang pasangan ini juga sibuk dengan menguruskan beberapa perniagaan mereka.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram, Sarah telah berkongsi ucapan buat suami tersayangnya, Shuib. Dalam ucapan tersebut, Sarah memberitahu kepada semua, beliau telah menghadiahkan sebuah lagu baru hasil nyanyian beliau khas buat suaminya.  Woww romantiknya Sarah !!

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Moga Allah izinkan hubungan kita hingga ke syurga .. i tak tau macam mana nak tunjukkan how much i love , n hargai u sebagai pasangan i dalam dunia , sebab tu for the first time i buat lagu khas untuk u sayang @shuibsepahtu lagu n ..” 

” I hope u like it .. khas buat u sayang i love u .. Terima kasih Allah pinjamkan u didunia .. Moga kita masih bersama di sana nanti.. “

Rata-rata peminat memuji lagu baru sarah dan mendoakan hubugan pasangan ini sentiasa bahagia. Antara komen-komen tersebut :

” Yeah !!! Dap dap dap .. Lagu rupanya. Best.. “

” Semoga my Lady Boss @sitisarahraissuddin & ladyboss husband sentiasa hubungan dilindungi oleh-Nya. InsyaAllah.. “

” Lagu mcm best ..semoga hubungan @sitisarahraissuddin and @shuibsepahtu kekal Dan bahagia selamanya.. “

” Alhamdulillahhh semoga kekal bahagia buat selamanya mengharungi apa apa bersama sama dgn hati yg lapang dan terbuka. Aamiinnnn.. “

” Aaminn.. Moga Allah swt kekalkan kebahagiaan & semakin byk rasa kasih syg antara kak @sitisarahraissuddin & @shuibsepahtu.. “

” Semoga my Lady Boss @sitisarahraissuddin & ladyboss husband sentiasa hubungan dilindungi oleh-Nya. InsyaAllah.. “

Woww sweetnya Sarah !! Alhamdulillah, seorang isteri yang baik sentiasa menghargai suami. Terharu Admin baca luahan Sarah buat Shuib. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Siti Sarah dan Shuib sentiasa bahagia, dimurahkan rezeki selalu, dan sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..