Kes Kehilangan ACAP- ” Tunggu Jawapan Polis….Yang pasti ia akan memusn4hkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapuu dan mer4ban.”

Kes keh1langn Mohammad Ashraf yang juga dikenali sebagai Acap, 29 sudah memasuki hari ke 16 hari ini. Doa agar Acap dijumpai segera tidak pernah putus dari orang ramai sejak dirinya dilapork4n h1lang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail  pada 23 Mac yang lalu.

Kisah keh1langan Acap ini  telah menarik perhatian ramai pihak di media sos1al. Dia yang berasal dari Muar, Johor telah disedari hil4ng selepas tid4k tiba di garisan p3namat walaupu sebenarnya dia berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25KM.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mencarinya tidak kira dari organisasi ataupun orang perseorangan yang terus berikhtiar untuk menemuinya. Bagaimanapun usaha tersebut terus menemui jalan buntu. Walaubagaimana pun mereka tetap tidak berputus asa dan berusaha untuk mencarinya siang dan malam.

Bagaimanapun seorang lelaki memberikan bayangan mengenai pencarian pemuda tersebut di media sosialnya. Lelaki tersebut yang bernama Muhammad Mamzah menulis sebuah status panjang lebar di facebooknya mengenai pencarian tersebut.

Beliau adalah antara individu yang terlibat dalam  mencari Mohammad Asraf semenjak kes kehilangan pemuda itu tersebar di media sosial. Beliau juga aktif menulis tentang perkembangan kes kehilangan tersebut dan walaupun ianya tidak rasmi boleh dikatakan ramai netizen yang mengikuti tulisan beliau untuk mengetahui perkembangan tentang isu tersebut.

Dapat dilihat setiap kali beliau memuatnaik status berkenaan kes itu, sejumlah netizen akan memberi sokongan dan komentar mengenainya. Terbaru beliau memuatnaik sebuah status yang lebih panjang dari sebelumnya.


Sumber gambar : Facebook Muhammad Mamzah

Tetapi kali ini beliau seperti memberi bayangan yang usaha tentang pencarian tersebut akan berakhir tidak lama lagi dan meminta supaya semua pihak menerima jawapan yang akan dib0ngkarkan oleh pihak polis.

Apa yang pasti menurut beliau, jawapan tersebut pasti akan memusn4hkan segala teori alam ghaib yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Mari kita baca tulisan beliau seperti di bawah ini : 

Alhamdulillah selesai sudah tugas kami disini.

Tengah hari ini kami beransur pulang. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. Misi membantu keluarga Abg Zaid untuk mencari adiknya, Acap yang hilang tanpa jejak.

Kami sudah jalankan tugasan kami sebaik mungkin. Semoga informasi yang kami sudah sampaikan dapat membantu usaha di hari mendatang. InsyaAllah tak lama lagi settle lah tu.

Tak lupa juga kepada team yang padu dan semangat juang yang tinggi. Korang memang terbaik, memang redah tempat yang orang tak masuk punya. Syukur sebab telah berjaya rungkaikan dan sampai kepada k0nklusi akhir.


Sumber gambar : Facebook Muhammad Mamzah

Jutaan terima kasih kepada Im Paskal, Abg Mus, Abg Sham, Abg Tan, Uncle David, Abg Annuar, Rizal Tarzan, Along Pantai n team, Macha, dan adik Zarul n team.

InsyaAllah persahabatan yang takkan puutus. Sama-sama susah redah ke semua tempat tanpa henti dan all out sampai kita semua dpt jawapan bersama dan diserahkan kepada abang Zaid dan wakil OCPD. Hujan panas, terik mendung, sungai lumpur, semua kita dah redah, setakat netizen m4ki ni apa adahal gais.

Tak lupa juga, terima kasih kepada semua team yang terlibat baik secara rasmi atau sukarela. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak MOSARS, BOMBA, PDRM, ATM, dan semua unit lain yang terlibat. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi jawapannya nanti.


Sumber gambar : Facebook Muhammad Mamzah

Jangan bersedih teman… kita semua sudah all out berikan yang terbaik. Tiada lain niat kita semua sama, iaitu hendak membantu orang yang tengah susah dan kehilangan ahli keluarga.

Apapun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka. Yang pasti ia akan memusn4hkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapuu dan mer4ban.

Tak lupa kepada semua gerakan-gerakan Ahlillah yang terlibat, para scanner, tracker, para pewaris yang Haq, jutaan terima kasih dan Alhamdulillah ala kulli haal kerana sudi membantu kami. Wa Nafaana wa iyyahum bi uluumihim fid Daaraini, Aamiin…


Sumber gambar : Facebook Muhammad Mamzah

Akhir kata, kepada keluarga Asyraf semoga terus bertabah menghadapi segala jeriit periih ini sehinggalah semuanya selesai. Kami disini mendoakan agar satu hari nanti saudara Asyraf tergerak hati hendak pulang dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Ini penting agar kita semua sama-sama dapat mendengar jawapan dan penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri. InsyaALLAH…

Persoalan terakhir, Cui Bono? 

“Muncul kecewa, hilang derita.” Sekian dan terima kasih. Off record…

Begitulah tulisan yang dimuatnaik oleh saudara Muhammad Mamzah. Bagaimanapun sama-sama kita berdoa dan berharap supaya segala usaha akan dipermudahkan dan diharapkan Acap kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Facebook Muhammad Mamzah