Kerana Menyakat Anaknya, Yusoff Alqardawi Sampai Menangis, Dato’ Aliff Syukri Kena Sound Dengan Bonda Rozita Ibrahim !!

Anak bongsu kepada pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida ini turut tersenarai antara si cilik yang popular sepanjang tahun lalu.

Sehingga kini Yusof mempunyai seramai 475 ribu pengikut di Instagram. Wajahnya Yusoff Alqardawi yang comel sering mendapat banyak likes dan perkongsian apabila gambarnya dimuatnaik di media sosial.

Menurut Datin Shahida sebelum ini, Yusoffย  yang lahir pada 25 Jun 2018 ini sangat mudah untuk dijaga kerana tidak banyak karenah, jarang menangis dan sangat menyenangkan.

Peminat sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru Yusoff yang diberi gelaran ‘budak seketul’ oleh Datin Shahida ini dimuatnaik di akaun Instagram.

Untuk pengetahuan semua, Yusoff juga tercalon dalam Top 5 Si Cilik MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP ERA 2019 yang akan berlangsung pada 21 April 2019.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi menyakat memar4hi Yusoff sampai dia menangis. Yusoff yang pada mulanya ceria dan ketawa akhirnya terus mencebik bibir dan menangis.

Dato’ Aliff kemudian mengambil Yusoff dan memujuknya. Alahai Yusof, nasib lah dapat abah yang kuat menyakat kan..

Video ini turut mendapat respon daripada Datin Shahida :

Ini pula respon daripada Bonda Rozita Ibrahim. Bonda Rozita menasihati anaknya, Dato’ Aliff supaya tidak melakukan sedemikian terhadap cucunya, Yusoff. Komen Bonda Rozita mencuuri perhatian ramai sehingga mendapat banyak like dan juga komen balas.

Kan dah kena ‘warning’ dengan Bonda Rozita. Dato’.. Dato’…

Antara komen-komen netizen :

” Alahaiii datosri kesian @yusoffalqardawi_terlajaklaris abah tu memang suka menyakat ..cian comel tuu hensam2 pun kena sakat @aliffsyukriterlajaklaris.. “

” Samaaaaa sy pon suka nyakat..best bila tgok baby nangis..tp nnty gelabah nak pujuk..yusuf good boy @aliffsyukriterlajaklaris.. “

” Kesiannya @yusoffalqardawi_terlajaklaris … jarang tengok dia menangis…Yusoff budak baik…good luck Yusoff for anugerah meletop… undi kami untuk mu.. “

” Cerdik bby yusoff ni..nangispun nampak comel.. “

” Kesian yusof.. btw yusof memang bijak & baik.. soo cute baby.. “

” Comelnya Yusof.. Cian Yusof slalu kena sakat ngn Dato.. “

” Muka mcm kakaknya hehehe comel anak datok … didiklah sesempurna mungkin datok… jgn dibiar leka dgn kekayaan insyaAllah berjaya mcm datok jugak suatu masa nnti.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusoff membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan ibu dan bapa di dunia dan akhirat. Amin.. Jom sama-sama kita undi Yusof bagi menang Si Cilik MeleTOP, AME 2019.

Ayah-ayah memang macam ini kan perangai, suka menyakat anak selagi anak tu nak menangis. Korang atau suami korang macam mana ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Aliff Syukri / Yusoff Alqardawi by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali.