” Kenapalah akak boleh pegang handphone 24 jam sehari, selak (Al-Quran) selai 2 je, rasa kosong hati.. “

MasyaAllah.. Peringatan Noorkhiriah Kali Ini Mengundang Sebak !!

Noor khiriah Binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah, sebuah nama yang tidak asing lagi di layar perak. Seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia ini aktif di kaca televisyen sejak tahun 1999 lagi.

Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan bayangan jelas bahawa dar4h anak seni dalam diri aktress ini cukup deras mengalir.

Pembawa watak Aishah dalam drama popular Nur  selalu berkongsi tentang drama Nur di laman sosial Instagramnya, tapi kali ini perkongsiannya sangat berbeza.

Terbaru, Noorkhiriah telah memuat naik caption berupa peringatan di akaun Instagram miliknya. Menurut Khiriah, dia berasa sebak kerana sudah lama tidak membaca Al-Quran secara rutin. Hanya baca sekejap-sekejap sahaja. Bila mengingati perkara ini, Khiriah tiba-tiba menjadi sebak.

Perkongsian Khiriah sedikit sebanyak mengingatkan supaya kita tidak terlalu lalai dengan nikmat dunia dan sentiasa membaca kitab suci Al-Quran supaya kita tidak terlalu jauh daripada Yang Maha Pencipta.

Baca perkongsian Khiriah di bawah :

” Ttiber hati ni rasa seb4k sangat rupanya dah lama tak pegang dia betul2, takat pegang cmtu je.. Allah.. “

” Napelah akak boleh pgg hp 24/7 sehari tapi dia.. selak selai 2 je.. rasa 0 hati.. happy mmg happy tapi rupanya tak happy Gais.. “

” Ini ingatan wat akak.. happy cmne idup tiba masanya pasti hati akan jadi seb4k ttiber.. tandanya Allah suh betul2 ingat Dia..”

” Cukuplah dengan Dunia yang tak menjanjikan pape… banyak mende yg dah terasa kini.. yg mana nak ke langit ke bulan silakan.. “

” Akak dah tak nak ke mana.. cukuplah dgn apa yg ada… nak belajar p4ksa hati tuk cari bekal, tak selamanya orang sayang kita tapi Allah sampai bila2 sayang akan HAMBANYA inshaAllah akan setelkan keja apa yang patut sebelum berehat panjang “

Rata-rata pengikutnya rasa terharu dan sedih dan ada juga yang mendoakan. Antara komen-komen yang ditinggalkan di ruang komen :

” Tkutnya bila dia xnk kita baca lagi.. “

 ” Selagi ade masa, guna kan lah mase tu.. “

 ” Sama kak.. Ada satu masaa aritue tetibe nak baca alquran pun dah tak betul. Ya Allah rasa bersalah sangat hati ni. Dah berapa lama tak sentuh alqurannn ya allah ya allah mogaa Allah tetapkan hati kitaa semuaaa untuk sentiasa ingat pada diaaa aminn.. “

 ” Tq, ingatan yg baik.. “

 ” Moga dipermudahkan segala urusan.. “

Subhanallah !! Terima kasih Noorkhiriah atas peringatan ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada apa yang disampaikan oleh Noorkhiriah ini.

Kami di Berita Kopak juga mendoakan Noorkhiriah dipermudahkan segala urusan dan dalam lindungan Allah selalu. Semoga berjaya dalam hidup di dunia serta akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih kerana membaca.

Silakan SHARE

Sumber : IG Noorkhiriah By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BEEITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran , report untuk c0pyright akan dikenakan.